-->

Pages

Monday, December 22, 2014

Temujanji Pertama 21.12.2014

Salam 1 Malaysia ^_^

Semalam betul-betul hari yang meletihkan buat Cik Mimie. Mana taknya, petang Sabtu tu dalam pukul 6 petang Cik Mimie dah bertolak ke Kluang sebab ada kenduri di rumah Kak Long Cik Mimie. Habis je kenduri dalam pukul 11 malam Cik Mimie bertolak semula balik ke Segamat sampai dalam pukul 1.30 pagi. Mata ni pulak pukul 3 baru boleh tido =_=". Esoknya (Ahad) Pukul 6 dah bangun sebab ada temujanji di Klinik Kesihatan Bandar Putra. *ngantok giler-giler!


Pukul 8.30 pagi Cik Mimie sampai Klinik, tengok ramai orang tengah daftar dan tunggu giliran untuk check up. Huwaaaaa, dah la sorang-sorang je ni. So, apa yang boleh buat?? Tunggu je la >_<. Dalam pukul 9.15 macam tu nama Cik Mimie pun dipanggil. Dapatla no 46. Masa nak bergerak ke bahagian Check up Incik Kesayangan pun sampai, adalah jugak teman. Kalau tak bosan tunggu sorang-sorang.


Ini record minggu lepas 14.12.2014. Doktor juz check and bagi ubat je pada Cik Mimie, beliau bagitahu kalau still batuk lagi 21.12.2014 kena datang lagi. So, semalam Cik Mimie pun datang lagi sebab batuk ni tak hilang-hilang juga T_T


Ini record semalam, doktor suruh Cik Mimie bagi sample kahak pada beliau. Nak check kahak apa penyakit Cik Mimie sebenarnya. Tak pasal-pasal kena buang kahak dalam botol..hahaha.. Semalam bagi satu sample, Pagi tadi Cik Mimie kena bagi 2 sample kahak pula.

Specimen Container
Sample No.2
Tadaaaa, inilah sample kahak yang Cik Mimie kena hantar pagi tadi dekat klinik tu. 7.30 pagi Cik Mimie dah terpacak kat sana. Lepas bagi sample no.2, pembantu makmal tu bagi satu lagi container untuk sample no 3. Ha, apa lagi kena bagi kahak lagi la..hokhokhok dalam toilet.


Ubat yang Cik Mimie dapat semalam. Ubat batuk dan juga pil cair kahak, moga-moga tak ada apa yang serius berkaitan batuk Cik Mimie ni. Badan pun dah cepat letih sekarang ni. Lagi-lagi lepas makan ubat, memang tak boleh berjaga lama terus tido. =_=".

p/s : Appointment seterusnya 04.01.2015, dapat keputusan kahak.

22 comments:

  1. akak... teruk ke batuk tuu.. :( take care akak.. semoga cepat sembuh.. risau laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Jie..rindu dekat Jie :) Tak tahu la nak kata teruk ke tak still dalam proses rawatan lagi..2 minggu lagi baru tahu keputusan dari doktor.. InsyaAllah...Amin..thank Jie :) takyah risau la.sikit je..:)

      Delete
    2. hm.. semoga cepat sembuh. taw ! RINDU akak jugakk ! :'D

      Delete
  2. uish, teruk la sampai banyak kali check up. ni mesti rajin minum ayaq ais ni. =p
    apa2 pun, semoga cepat sembuh na. minum air kosong banyak2. jangan lupa mam ubat jugak. take care madu! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la teruk ke tak sebab keputusan belum dapat lagi..uiks, Cik Mimie tak minum ayaq ais la..dah bertahun stop.. ayaq kosong ja Cik Mimie minum la ni..Thank you ye Cik Fafa..InsyaAllah, minta2 takde yang serius :)

      Delete
  3. Sweetnya encik kesayangan datang teman hihi. Hope nothing serious lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itupun payah nak bangun..hahahaha..Amin..InsyaAllah :) Thank You Nad :)

      Delete
  4. huish moga2 xde ape2 la ye cik mimie

    ReplyDelete
  5. ala, xtahu lak cik Mimie sakit.. semoga cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  6. CT pun tngh batuk sket ni.. tapi belum ada kahak.. tak pernah lagi sampai kena kasi sample. get well soon ye Cik Mimie..

    ReplyDelete
  7. get well soon Cik Mimie..
    jangan minom ais naaa

    ReplyDelete
  8. moga cik mimie cepat sembuh dan harap dapat result yang bagus..

    ReplyDelete
  9. Da sihat blum? Cuaca sejuk nie senang nk dt demam

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda