-->

Pages

Tuesday, December 9, 2014

Bahana Ketagih Air Berkarbonat

Salam 1 Malaysia ^_^

Curi kt rumah uncle Google :p


Wah, sedapnya kalau hari panas-panas pekena air berkarbonat kn?
siap ade ais lagi..pergh!! mmg uuurrmmp la..
tapi, tahukah U Olls kesan buruk yang U Olls akan dapat
kalau sering meneguk air ini??
ok, jom usha sekarang..Cik Mimie bagitahu U Olls ye
  • Ginjal-Daya fungsi ginjal akan terganggu dan produktiviti ginjal dalam menghasilkan air kencing juga akan menurun disebabkan gas yang terkandung dalam air berkarbonat. Jika air kencing sedikit dan lebih pekat dari biasa ini akan mengganggu sistem ginjal untuk berfungsi secara normal.
  • Perut-Ini penting!! tolong jangan minum air berkarbonat ketika perut kosong. Ia akan menyebabkan anda diserang sakit perut dan perut anda akan mengalami masalah angin. Hal ini adalah kerana ia boleh menimbulkan luka akibat tercampurnya gas dan asid di dalam perut. Beban 'kerja' pada perut juga akan bertambah jika anda minum secara berlebihan.
  • Susah tidur-Tahukah kamu dalam air berkarbonat juga mengandungi kafeina?? Kafeina di dalamnya boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung menjadi tidak teratur. Oleh sebab itu, kamu pasti akan mengalami ketidakselesaan dan hasilnya tidur malam kamu akan terganggu. "Jadikan malam2 kamu seperti ini" 
 
  • Gigi-kecil2 dulu pasti kamu sering dinasihati oleh ibu supaya berus gigi selepas makan gula2 bukan? risikonya sama sahaja pada gigi, jika kamu minum air berkarbonat dengan kerap kerana ia juga boleh merosakkan gigi. Air berkarbonat mempunyai paras gula yang tinggi. Gula didalamnya membuatkan enamel gigi terhakis sedikit demi sedikit. bayangkn!! jika lama-kelamaan apa akan jadi pada gigi kamu. "Sayangilah gigi anda"
 
  • Otot-Air berkarbonat juga boleh memberi kesan buruk kepada otot. Jika kamu minum air berkarbonat 2 liter setiap hari, ia boleh membuatkan kadar kalium dalam darah menurun. Kesannya, badan kamu akan cepat penat, otot menjadi lemah, tidak larat mengangkat benda berat dan pergerakan juga akn terbatas.
"Mungkin selepas ini U Olls boleh menukar menu minuman U Olls. Cuba elakkan untuk minum air berkarbonat tukar la ia kepada air jus ataupun air kosong*lebih baik tok kesihatan bukan?"

p/s: Cubalah hindari minum minuman berkarbonat mulai hari ini!!
KATAKAN 'TAKNAK' KEPADA AIR BERKARBONAT!!
rujukan: REMAJA

16 comments:

  1. Lama dh xke sini "little bz", skunk ni Cikna jarang nimum air gas bnyk effect nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokey CikNa :) Betul, air gas x elok untuk kesihatan :)

      Delete
  2. arituh kite ade tengok kt blog amazing nara kot...ade org ni minum banyak coke, sampai jadi gemuk, orang tuh sje nak berexperiment dengan diri dia sndiri...pastuh dia workout balik...bahaya air berkarbonat ni, banyak sangat gula dlm dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buakn gula je..kafeina pun tinggi jugak kot..berani pulak org tu berexperiment dgn diri dia sndiri...huhuhu

      Delete
  3. Memang bahaya. Kandungan gula tinggi, then boleh ganggu metabolisme.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...elak2 kan la dari minum air gas ni..

      Delete
  4. memang tak bagus, tapi selalunya yang tak bagus la yang sedap tu. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..Cik Fafa jangan minum selalu na...x baik tok kesihatan :) hehehe

      Delete
  5. ana mmg x reti mnum air bkbonat. terasa 'tajam' kat tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mimie pun tak minum air berkarbonat ni..kalau 100+ Cik Mimie minum la :)

      Delete
  6. nasib baik sis JM x minat sgt air berkarbonat ni

    ReplyDelete
  7. kadang2 kalau dah mengidam tu, minum juga air Mountain Dew. heehehehehehe... yg penting jgn amalkan sangat coca cola. itu lg bahaya. orang pakai air tu buat basuh tandas je

    ReplyDelete
  8. Akak jarang minum air bergas ni. Tak puas rasanya. Kalau pergi kfc ke, mesti tukar air.

    ReplyDelete
  9. Mmg da jrg minum. Bila terliur bru mnum..hihi

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda