-->

Pages

Thursday, July 3, 2014

SEGMEN: BW sambil Menghayati Bulan Ramadhan

 Salam 1 Malaysia ^_^ 

Cik Mimie join Segmen dari Miss Nadia. Suka dengan konsep Segmen yang dianjurkan beliau, kita bukan sahaja dapat meningkatkan trafik dengan blogwalking blog peserta lain malah kita juga dapat berkongsi dan menambah ilmu pengetahuan mengenai kelebihan yang ada di Bulan Ramadhan ini.
Sama ada dari segi PEMAKANAN, KESIHATAN dan juga PERBUATAN.

http://kapas-putih.blogspot.com/2014/07/segmen-bw-sambil-menghayati-bulan.html
Klik-Klik Banner Untuk Join :)

 Dalam Segmen ni Cik Mimie nak berkongsi mengenai Kaifiyat/Kelebihan Bersahur :) Jom sama-sama kita menghayati bulan yang penuh keberkatan ini. SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.

sumber : Google image

1.      Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat

2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat

3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur

4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas

5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar

6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur

7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.
 
Sumber Artikel : Kelebihan Makan Sahur

P/S Jom kita ramai-ramai memeriahkan segmen ini :)

8 comments:

  1. ayie nak join juga.. inshaAllah..

    btw, sahur itu mmg pntg sebab ustaz ad ckap yg membezakan puasa orng islam dan kafir ialah sahur...

    ReplyDelete
  2. Join jgn x join :)

    Yup, betul tu..xsusah pun bgun sahur tu kalau rasa malas nak makan..minum pun dah afdal :)

    ReplyDelete
  3. bangun sahur banyak manfaat nya :)

    ReplyDelete
  4. thanks for join

    info yang sangat bagus.. N memang suka bangun sahur walaupun mata sepet takleh buka.. hehe

    ReplyDelete
  5. Welkam dear :)

    hehehe..nasib baik xmakan sambil mata tertutup..extreme 2 :p

    ReplyDelete
  6. Salm....
    Dengan bersahur akan membiasakan diri kita bangun di malam hari untuk sholat malam setelah masa Ramadhan berlalu

    http://freejustforu.blogspot.com/2014/07/segmen-bw-sambil-menghayati-bulan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali :)

      betul tu, kalau kita istiqamah dalam apa yang kita buat, insyaallah semua itu akan jadi mudah :)

      Delete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda