-->

Pages

Sunday, July 27, 2014

Langkah- Langkah Keselamatan Di Hari Perayaan

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, esok dah nak raya kan? So, mesti ramai yang akan balik kampung dan rumah u oll akan kosong selama lebih kurang seminggu. Dan tak lupa juga yang akan keluar beraya pada hari raya nanti. So, disini Cik Mimie nak kongsi beberapa langkah-langkah keselamatan yang boleh kita gunakan di hari perayaan ini. Seronok-seronok jugak, keselamatan kena jaga macam orang selalu kata "Safety First"..


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN ATAU MENINGGALKAN RUMAH UNTUK BERCUTI.

1.      Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutp dan dikunci dengan ibu kunci (padlock)yang tidak mudah dipecahkan atau diumpil.

2.      Pastikan lampu disekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).


3.      Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

4.      Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.


5.      Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran dihadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda

6.      Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian


7.      Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8.       Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:

·         Nama dan alamat
·         Nombor telefon yang mudah dihubungi
·         Tarikh berlepas dan balik
·         Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa bercuti.

9.       Anda  juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya dipecah masuk.

 "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU DI JALAN RAYA"

GOOGLE IMAGE

SUMBER : DISINI

3 comments:

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda