-->

Pages

Thursday, June 30, 2011

Spontaneous Thursday #2

Salam 1 Malaysia ^_^

Agak lambat Cik Mimie post mende alah ni, almaklumlah sekarang ni sudah bekerja. Sampai kekadang tak sempat nak online. Pe2 pun Cik Mimie akan cuba balas jejak u all semua ye.

Apa itu Spontaneous Thursday? Untuk maklumat lanjut boleh tnya Encik Syafiq Rosli. Kalau suka like la Fanpage ini juga. =)

"ADESS! SAKITNYA PINGGANG NI!!!"

-adios-

Saturday, June 25, 2011

Imam Muda yang Ke Final

Salam 1 Malaysia ^_^

Malam yang penuh syahdu semalam untuk Imam Muda apabila 3 daripada mereka terpaksa menamatkan perjalanan dalam Imam Muda. Dan 2 orang Imam Muda telah layak ke Final. Pada minggu tersebut, mereka telah diberi tugasan untuk pergi ke Rumah Orang Tua-tua yang terlantar di sana. Alhamdulillah semua peserta dapat melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang dan sempurna.

Selangkah lagi penentu untuk kita mengetahui siapakah Bakal Imam Muda musim 2. Tahniah buat Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul kerana layak untuk ke final pada 1 Julai 2011.


Mohd Hassan Adli Bin Yahya @ Yahuza berusia 26 tahun. Dilahirkan pada 17 Februari 1985 dan berasal dari Perak. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (Al-Quran & Hadith) di Universiti Islam Antarabangsa. Seorang pensyarah (sepenuh masa) da masih bujang.

Nazrul Izwan Bin Zolkiflee berusia 26 tahun. Dilahirkan pada 20 Jun 1985 dan berasal dari Johor. Pemegang Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam & Dakwah. Merupakan seorang Guru Besar dan sudah berkahwin.

Bagi 3 Imam Muda yang tidak berjaya iaitu Imam Muda Fakhrul, Imam Muda Amar dan Imam Muda Azlan. Mereka tetap hebat cuma rezeki tidak menyebelahi mereka.

Video Lagu Tema Imam Muda Musim 2 nyanyian Mawi feat Akhil Hayy -Hambamu-



p/s: Siapa tahu tajuk lagu masa Imam Muda Terkeluar erk? leh share tak?

Friday, June 24, 2011

Juara Maharaja Lawak

Salam 1 Malaysia ^_^

Malam tadi berakhirlah sudah Maharaja Lawak yang memang menyengat gila-gila lah..
gelak guling-guling Cik Mimie dibuatnya..HAHAHAHA..Semua persembahan memang gempak, sampai tak tahu sapa yang akan menang sehingga lah keputusan akhir diumumkan..

tahniah kepada kumpulan Sepah kerana menjadi Maharaja Lawak yang pertama..cayalah bro-bro semua..Walaupun kumpulan favourite Cik Mimie, Jozan tak menang Cik Mimie still puas hati..hehe.. Tahniah Sekali lagi untuk SEPAH!!! OMG!! =)







Manisnya kurma ini...hhhaaaa...hhhaaaa..semmmppuuuttt!!

p/s: Suka sampai ke telinga la my Incik Comot bile kumpulan Favourite die menang..ciiss!! =p

contest! nak perfume lancome free tak?

Salam 1 Malaysia ^_^

Ahakz, lama sudah Cik Mimie tak kena tag untuk contest2 ni. Tapi, hari ini Cik Mimie terkono!! hohohoho..Terima kasih kepada kasehSuchi sebab sudi tag Cik Mimie..=)

Contest kali ini dianjurkan oleh budak paling poyo : Mr. Poyoness


[klik-klik untuk T & C]

Blog poyoness best sebab ayat2 yang terdapat dalam entry beliau memang poyoz seiring dengan jiwa muda mudi masa kini. Beliau mengharapkan komen yang membina bagi meningkatkan kemutuan blog beliau. Walaupun entry beliau poyoz stil lagi berasas *bagi Cik Mimie la..huhu

3 orang di tag..
TelagaPutih, Cik Cahaya dan Cik Aswani.

tarikh tutup: 1 Julai 2011

p/s: Gudluck semua..^_~

Cik Mimie menang Lucky Draw ^_^

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u all...alhamdulillah, berita baik lagi Cik Mimie terima..hehe.. Rasa macam tak percaya pun ada.. Mana tak nya pagi-pagi Cik Mimie sign in, Cik Mimie dapat comment dari Kak Ros @ Queenpink.. Dia bagitahu yang Cik Mimie menang lucky draw yang dianjurkan oleh beliau.. *ye? alala...sukanya..=)


So, Cik Mimie pun pergilah usha-usha kat blog beliau.. Nak tahu tak Cik Mimie menang apa? Cik Mimie menang minyak wangi..bestnye..*u all takmo jeles-jeles tau!! Actually, Cik Mimie diantara 20 orang yang memenangi hadiah minyak wangi ni. Dan ada lagi 10 orang yang bertuah memenangi hadiah lain iaitu mini mug dari Kak Ros..

[bukti yang didapati..=D]

U all boleh klik disini untuk melihat senarai nama pemenang yang lain.. =)
dan klik sini untuk lihat entry yang Cik Mimie post..=)

p/s 1: Terima kasih Kak Ros, if ada GA or LuckyDraw lagi jemput2 lah Cik Mimie join lagi...;DD
p/s 2: Tahniah kepada pemenang yang lain jugak.=)

Thursday, June 23, 2011

Mari Berpantun!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Malam-malam mengadap lappy,
Sambil makan choki-choki,
Apa khabar saudara-saudari,
Ada sihat tak hari ini?

Ke sana ke mari mencari zaitun,
Sampai ke petang masih tak jumpa,
Marilah kawan-kawan kita berpantun,
Tradisi orang lama jangan dilupa.

Asap rokok membahayakan kesihatan,
Kesannya buruk berganda-ganda,
Kurangkan merokok dalam kehidupan harian,
Kerana nyawa anda begitu berharga.

Traffic light ada 3 warna,
Salah satu merah warnanya,
Janganlah kita melanggarinya,
Kerana anda mampu menggubahnya.

Pagi-pagi makan burger,
Sambil minum air kopi,
Sudah menjadi amalan blogger,
Kunjung-mengunjungi sesama sendiri.

Sana stori, sini stori,
Kekadang pening, betul ke ni?
Dunia blogging memang kontroversi,
Kalau tak caya marilah join sekaki.

Pantun dicipta saja suka suki,
Mengisi masa lapang yang kosong ni,
Jangan pulak ada yang benci,
Cik Mimie sikit pun tak mencaci.

Pergi ke kedai beli bahulu,
tak lupa juga kuih pelita,
Cik Mimie minta diri dahulu,
Salah silap maaf dipinta.

-Adios-

[Picca takde kena-mengena*muka orang dah bosan!!]

p/s: Jom2 kita berpantun..^_^

Wednesday, June 22, 2011

Alhamdulillah!! Finally I got it..

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u all.. Hari ini Cik Mimie happy sangat sebab Cik Mimie sudah dapat kerja. Tak sangka pulak interview pertama yang Cik Mimie pergi 7 haribulan hari itu membuahkan hasilnya. Sikit pun Cik Mimie tak ready untuk Inteview tu tau!! Tapi, Cik Mimie tetap bersyukur. Bak kata orang kan? "kalau dah rezeki, insyaallah kita akan dapat jugak".

Miss yang call Cik Mimie pagi tadi minta Cik Mimie mula kerja minggu depan 27 haribulan. *honestly, Cik Mimie memang takut sangat2. Mana tak takut, Cik Mimie takde langsung pengalaman dalam bekerja ni. Lagi2 kerja dalam pejabat, adess, sereeeemmm je rasa..huhuhu.

Tapi, takpe macam orang selalu cakap. "belum cuba, belum tahu". Sekarang ni lah, masa untuk Cik Mimie uji diri Cik Mimie sendiri. Sama ada mampu atau tidak practice balik apa yang Cik Mimie belajar selama 3 tahun kat kolej dulu..huhuhu..

'Kaymoon Mimie, you can do it gurl!!'

p/s: U all doakan Cik Mimie berjaya tau!! Terima kasih..sayang u all semua ^_^

Monday, June 20, 2011

Berapa Kuntum Bunga Ros U Dapat?

Salam 1 Malaysia ^_^

[uncle google bagi]


Ha, hari ini Cik Mimie nak berkongsi dengan u all tentang rahsia disebalik jumlah kuntuman bunga kegemaran Cik Mimie. Bunga apa lagi kalau bukan bunga Ros. *Ala bunga yang Seth Tan bagi kt Nora Elena tu, sampai penuh bonet kereta dia. ^_^

Erm, seperti yang kita tahu, pemberian bunga dari seorang lelaki kepada seorang wanita dianggap satu tindakan yang sangat romantik. Lagi-lagi kalau bunga yang diberikan itu adalah bunga kegemaran si wanita, lagi berbunga-bunga la hati dia ^_~ *haish, siang malam pasti teringat saat indah itu. Namun, tahu tak u all yang sebenarnya ada rahsia disebalik jumlah bilangan ros yang diberi. Kekadang ada seseorang itu bagi banyak kuntuman, dan ada juga yang bagi sekuntum jer.

Berikut adalah rahsia disebalik jumlah kuntuman bunga ros yang dipetik dari Love Fate Destiny.

1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.

2 Roses
Two of us deeply in love.

3 Roses
I love you.

6 Roses
I want to be yours.

9 Roses
Love each other eternally.

11 Roses
You are the one I love most in my life.

12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.

13 Roses
Secret admirer.

24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).

33 Roses
Saying "I love you" with PROFOUND LOVE.

36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.

44 Roses
Constant unchangeable pledge.

50 Roses
This is "Regretless Love".

56 Roses
My love.

66 Roses
Successful love affair.

99 Roses
Love with understanding makes love eternal.

100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple 'till ripe-old age.

101 Roses
No other love but you.

108 Roses
Please marry me!

111 Roses
Eternal love.

123 Roses
Free love.

144 Roses
Loving you day and night eternally.

365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.

999 Roses
Everlasting and eternal love.

1001 Roses
Faithful love, 'till forever

Ha, lepas ni kalau u all dapat bunga ros dari someone jangan lupa kira dulu tau. Mana lah tau ada mesej ke die nak bagitau u all melalui jumlah kuntuman bunga itu. =)

p/s: U bila nak bgi I bunga Ros ni. I nak 1001 roses boleh?? ;))

Thursday, June 16, 2011

Sssshh....Ini Rahsia Kita Tau!!

Salam 1 Malaysia ^_^



Adess!! Laparnya perut ni..Nak pergi makan, MALAS *errr, untuk pengetahuan u all Cik Mimie memang macam ni. Memang payah kalau penyakit MALAS dah datang..hee.. Dalam lapar2 ni, ada something yang Cik Mimie nak share dengan u all semua. Nak tahu tak? Nak tahu tak? Opkoslah, u all nak tahu kan?=)

Entry kali ini lebih diberi perhatian untuk kaum2 hawa *sebab Cik Mimie kaum hawa, kenalah lebihkan kaum hawa..ye dok? Bagi kaum Adam takmo jeles, takmo jeles nanti Cik Mimie buat entry untuk u guys pulak yer =)

Baiklah kaum2 hawa sekalian, mari kita pokus ye!!

::5 Perkara usah diungkap pada suami::

1. Rasa tidak suka pada ahli keluarganya.
-Seperti yang kita tahu, tak semua insan yang ada disekeliling serasi dengan diri kita. Kekadang kita sendiri tak tahu kenapa kita TAK SUKA dengan mereka. Tak mustahil perasaan ini boleh timbul dikalangan ahli keluarga suami kita, contohnya terhadap adik atau abang ipar. Ha, seberapa banyak u all TAK SUKA dengan mereka lagi2 MAK MERTUA, jangan sesekali beritahu suami. Bukan apa, takut nanti suami kita tertekan untuk memilih antara u all atau ibunya. Kesian kat dia nanti.

2. Wang Simpanan.
-Ada sesetengah wanita berfikiran perihal berkenaan wang simpanan ini harus dibincangkan secara terbuka dan ada sesetengah lagi sebaliknya. Kerana mereka berpendapat ia adalah tabungan masa depan jika berlakunya sesuatu yang tidak diduga. Perkara ini ada benarnya, sebagai contoh jika ahli keluarga memerlukan bantuan kewangan, tentu u all segan kan nak meminta daripada suami. Inilah kepentingan tabungan sendiri. Lagi2 kalau dapat suami yang kedekut/boros, wang simpanan rahsia inilah yang akan jadi penyelamat u all =).

3. Kata Laluan.
-Kata laluan untuk emel, akaun Facebook mungkin tidak kisah untuk dikongsi dengan suami tapi anda tidak digalakkan berkongsi kata laluan untuk kad bank dan juga laman web bank. Malah pihak bank sendiri pun akan memberi nasihat yang sama. Ha, ingat tu..kalau password blog pun jangan..hehehe..

4.Masalah Keluarga.
-Tak semua masalah dalam kalangan keluarga kita boleh kita ceritakan pada suami, lagi2 kalau cerita itu sesuatu yang mengaibkan atau hanya akan menunjukkan keburukan keluarga. Seelok-eloknya, kita rahsiakan sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan dari timbulknya pandangan serong atau imej buruk terhadap keluarga kita di mata suami. Tapi, tak salah untuk bercerita kalau u all rasa suami u all dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

5.Rahsia Teman.
-Kadang-kadang kerana takde cerita yang hendak dibualkan, kita sanggup mendedahkan rahsia teman kepada suami. Memanglah seronok kalau dapat bergosip, lagi2 kalau cerita tu hangat. Tapi, terfikirkah kita bahawa teman kita mengharapkan kita menjaga rahsianya. Oleh itu, fikirkanlah topik lain yang lebih berfaedah untuk kita bualkan bersama dengan suami. Sebagai contoh, perancangan masa depan u all berdua ke? pendidikan anak-anak ke? macam mana nak berbini 2 ker? haip2!! yang itu tak boleh..

Iklan Tak Berbayar: Petua Oh Petua.

p/s: Ada tak siapa2 yang rahsiakan benda2 ni dari suami??

Maddi Jane-Price Tag (Jessie J)

Salam 1 Malaysia ^_^

Pssstttt!! u all pernah dengar tak lagu ni? best wooo Cik Mimie dengar, terus jatuh cinta tau.. *tak habis2 mulut dok bunyi ca ching..ca ching..jer..haha..So, kat sini Cik Mimie nak share skit video dari Maddi Jane *comel je die ni kan?. Actually, penyanyi asal untuk lagu ini ialah Jessie J, Maddi Jane ni dia just nyanyi balik jer..Jom kita nyanyi sama-sama jom!!

-hope u all Enjoy!!!-

Okay, Coconut man, Moon Heads and Pea
You ready

Seems like everybody’s got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious
Acting so damn mysterious
Got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can’t even have a good time

Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
We’re paying with love tonight
It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

Okay!
We need to take it back in time,
When music made us all unite
And it wasn’t low blows and video hoes,
Am I the only one getting tired
Why is everybody so obsessed
Money can’t buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we’ll be feeling Alright.

Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
We’re paying with love tonight
It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.

Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

[B.o.B]
Yeah yeah
Well, keep the price tag
And take the cash back
Just give me six strings and a half stACK.
And you can keep the cars
Leave me the garage
And all I..
Yes all I need are keys and guitars
And its with in 30 seconds I’m leaving to Mars
Yeah we leaping across these undefeatable odds
Its like this man, you can’t put a price on the life
We do this for the love so we fight and sacrifice everynight
So we aint gon stumble and fall never
Waiting to see this in the sign of defeat uh uh
So we gon keep everyone moving their feet
So bring back the beat and then everyone sing

It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

[Jessie J -Outro]
Yeah, yeah
Oo-oooh

Forget about the price tag.

p/s: cha ching...cha ching... ($_$)

Monday, June 13, 2011

Edisi Wanita: Suka Bersedekah

Salam 1 Malaysia ^_^

Wanita Solehah Mencipta Kehidupan Paling Bahagia & Romantis di Abad Ini.

Untuk menjadi wanita yang solehah, kamu (para hawa) harus memiliki sifat suka menghulurkan tangan (bersedekah) kepada orang lain. Ini kerana Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan dari Aisyah Ummul Mukminin berkata, "Yang paling cepat di antara kamu bertemu denganku adalah kamu yang paling panjang huluran tangannya."

Kata Aisyah selanjutnya, "Lalu kami sama-sama menhulurkan tangan untuk mengetahui siapa di antara kami yang paling panjang huluran tangannya. Ternyata Zainab yang paling panjang huluran tangannya, sebab dia bekerja dengan tangannya dan bersedekah dengan tangannya pula." HR. Bukhari.

Pesanan tersebut disampaikan oleh Rasulullah S.A.W kepada para ummul mukminin, yang kemudian di antara mereka menyampaikannya kepada orang lain. Apa yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah S.A.W. itu adalah: Siapa yang paling cepat di antara mereka bertemu dengannya, adalah pertemuan di akhirat; pertemuan selepas mati. Manakala maksud yang paling panjang huluran tangannya adalah yang banyak memberi sedekah.

Pada mulanya, mereka (para isteri nabi/ummul mukminin) mengira bahawa panjang huluran tangan adalah tangan yang panjang. Sehingga ketika Rasulullah berkata begitu, mereka sama-sama menghulurkan tangan untuk mengukur panjang tangan mereka. Ternyata tangan yang paling panjang adalah milik Saudah. Sedangkan Zainab disebut paling panjang huluran tangannya kerana banyak memberi sedekah dan mengerjakan kebaikan.

Hadis di atas bernilai mukjizat bagi Nabi S.A.W. dan sekaligus sebagai penghargaan khusus kepada Zainab R.A. Para ahli sejarah sependapat bahawa Zainab R.A. adalah di antara isteri Nabi S.A.W. yang pertama sekali menyusul (meninggal dunia) setelah beberapa lama Rasulullah S.A.W wafat. Beliau meninggal dunia ketika pemerintahan Khalifah Umar R.A.

Sesungguhnya wasiat Rasulullah S.A.W. tersebut bukan hanya ditujukan kepada isteri-isterinya, namun untuk seluruh wanita muslimah. Hadis Nabi itu mengajarkan kepada kita tentang keutamaan sedekah, berikut kesan dan berkahnya. Nabi S.A.W. telah memperingatkan kita tentang suatu sifat yang seharusnya dijauhi oleh wanita, iaitu kikir, berperangai buruk dan pengecut. Hal ini kerana, dalam hadis lain diterangkan pula oleh Abu Hurairah R.A. bahawa sabda Rasulullah S.A.W. berkata "Seburuk-buruk sifat adalah terlalu serakah namun sangat penakut."

Hidup kita ini tidak akan mendapatkan kebaikan kecuali dengan dua hal. Iaitu Zuhud dan Yakin. Jika kita senantiasa menyintai harta berlebih-lebihan kemudian menjadi kikir dan panjang angan-angan, maka dalam waktu yang tidak lama akan jatuh pada kebinasaan.


p/s: Berikan lah sedekah dengan hati yang ikhlas, kerana ganjaran yang akan kita dapat lebih besar dari apa yang kita sedekahkan..=)

Nuffnang Sudah Kembali!!

Salam 1 Malaysia ^_^


Yeeaayyhh!! pendapatan nuffnang sudah kembali, terima kasih En. Nuffnang ^_^. Sayang En. Nuffnang ketat-ketat.*Pssttt!!Cik Mimie bukan bercakap pasal BE ye.
Ini pasal pendapatan CTR yg RM 0.25 sen/klik tu.

Actually, sudah lama pendapatan CTR Cik Mimie ni tak masyuk. Tapi, alhamdulillah hari ini ada lah masyuk sikit walaupun tak banyak mana. At least Cik Mimie tahu En. Nuffnang still sayang Blog Cik Mimie ^_^.*kan En. Nuffnang kan??

Semoga hari esok, esok dan esok ada masyuk lagi......teehee....

p/s: Terima kasih kepada anda yang meng'klik' Nuffnang Cik Mimie juga yer.. Sayang u all lah!! =)

Friday, June 10, 2011

Hari Penting!!


Salam 1 Malaysia ^_^

Just a Silent Post

ON

10th 2011

20:34

p/s: wink3x ^_*

Wednesday, June 8, 2011

Hati Ini Kau Miliki

Salam 1 Malaysia ^_^

Erm, tetiba rasa nak menjiwang petang2 ni..boleh kan? huhuhu..(^_^*)

Sebelum Hati Ini Engkau Miliki....
Kehadiran engkau amat aku rimas dan benci,
Kemunculan engkau membuat diri bagai tak ingin hidup lagi,
Setiap patah ayat yang dituturkan bagai duri bagi diri ini,
Tetapi, itu semua dulu sebelum diri mengenal erti hati.

Sesudah Hati Ini Dimiliki....
Kejujuran engkau merobohkan benteng hati yang telah lama aku bina,
Kemesraan engkau membuatkan hati ini tak bisa menghalanginya,
Kasih sayang engkau menjadikan diri ini bagai berada di alam syurga,
Kepercayaan engkau menguatkan lagi rasa rindu dan cinta.

Hati Ini Milik Engkau Selamanya....
Aku akui perasaan ini bukan dusta mahupun lakonan,
Ini luahan yang jujur dari lubuk hatiku buat engkau wahai pujangga,
Terima kasih atas segala-galanya yang telah engkau berikan,
Sesungguhnya diri ini amat GEMBIRA dan BAHAGIA!! =)

p/s: Lama tak cipta sajak, dulu boleh dikatakan hobi kot..hahaha..^_*

Saturday, June 4, 2011

Maafkan Saya!!

Salam 1 Malaysia ^_^


[uncle google..alololor, tomeynye]

Hai u all..Erm, actually Cik Mimie nak minta maaf banyak-banyak kat u all semua sebab tak dapat nak blogwalking (BW) ke rumah u all sangat hari ini. Ini kerana, badan Cik Mimie penat sangat-sangat dok bergotong-royong dengan sista Cik Mimie iaitu Misz Zura dan Cik Yani mengemas bilik siang tadi. HAHAHA. Bayangkan dari pukul 10 pg sampai la pukul 5 ptg baru kami semua siap mengemas. *giler dasyat!!

So, sekarang pun da pukul 11 lebey. Mata Cik Mimie pun da ngantuk. Insyaallah, kalau esok Cik Mimie free, Cik Mimie BW rumah u all semua k?.

SELAMAT MALAM

p/s: semoga anda semua mimpi cekelat ^_^

Friday, June 3, 2011

Imam Muda Minggu 6: 2 Orang Tersingkir

Salam 1 Malaysia ^_^

As salam u all.. Erm, tadi Cik Mimie tengok Imam Muda tau!! Tak sangka malam ini ada 2 penyingkiran. Sedih jugak lah Cik Mimie tengok tadi. Tapi, nak buat macam mana kan? dah prosedur dia kena macam tu. Redha je la. Tak semestinya keluar awal bermakna mereka tak bagus, mungkin rezeki mereka sampai minggu ke-6 jer kan?

Erm, Sebelum Cik Mimie bagitahu u all sapa yang terkeluar, meh kita usha dulu siapakah Imam Muda terbaik pada minggu ini.
_
_
_
_
_
_
Ini Dia Imam Muda terbaik pada malam ini ialah Imam Muda Fatah.
Imam Muda (IM) Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang yang amat peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada saja topik dan lawak yang disampaikan oleh beliau bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. IM Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah sumber informasi buatnya. Untuk pengetahuan u all IM Fatah jarang sekali meninggalkan MP3 nya.

Dan sekarang 2 orang Imam Muda yang terpaksa menamatkan pengajian beliau pada malam ini adalah Imam Muda Ali dan Imam Muda Fadhli.
Imam Muda Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 thn, Beaufort, Sabah. IM Ali merupakan seorang yang peramah dan berjiwa seni. Memegang gelaran sebagai seorang Guru KAFA sedikit pun tidak menghalang minatnya dalma bidang muzik. Menyukai lagu-lagu bergenre ROCK. IM Ali adalah anak ke-13 dari 17 adik-beradik satu ayah dan ibu. IM Ali juga merupakan seorang pelukis kartun dan hair sytlist untuk lelaki.

Imam Muda Fadhli Hj Awang, 24 thn, Brunei Darussalam. IM Fadhli merupakan satu-satunya peserta dari brunei. Beliau bertugas sebagai Pegawai Masjid, dan masa yang banyak beliau gunakan untuk menelaah bahan-bahan agama dan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu, IM Fadhli juga suka menonton televisyen.

P/s: bagi IM Ali & IM Fadhli saya doakan anda berdua terus maju di luar sana.

Nora Elena buat Cik Mimie jeles

Salam 1 Malaysia ^_^


Aarrgghhh!! Kenapa?? Kenapa?? Kenapa Seth Tan tu pilih Nora bukan Cik Mimie?. Pergi Cameron Highlands berdua je, sikit pun tak ajak Cik Mimie. Adil ke cam tu? Seth Tan ni pun 1 boleh pulak belikan si Nora tu bunga banyak-banyak, nak tunjuk dia romantik la tu. Huh! Saja je nak Cik Mimie jeles. *padahal memang jeles pun!!

Owh, tidak-tidak Cik Mimie tak boleh marah. Nanti Cik Mimie kena jual dengan En. N. *tetiba tersedar ke alam nyata. Hehehehe..Ini semua gara-gara dah tersampuk dengan Drama Bersiri Akasia "NORA ELENA". Cerita yang telah diadaptasikan dari novel bertajuk "KASIH YANG SUCI" ditayangkan setiap hari Isnin-Khamis bermula dari pukul 7.00 ptg-8.00 mlm hanya di TV3. Dilakonkan oleh Siti Saleha dengan Aaron Aziz. *wat iklan jap!

Woo, Cik Mimie confirm bukan Cik Mimie sorang je yang jeles dengan si Nora tu kan? u all pun sama kan? especially, kaum-kaum hawa di luar sana tu. Haish, mahu tak jeles. Dapat suami bukan main romantik lagi, penuh dengan kejutan setiap hari..so sweet ^_^. *berangan kejap!! Seth Tan..Seth Tan...

Ha, bagi yang tak tengok lagi cerita ini. Meh la kita tengok sesama, best gilak!! Esok takde, so kita jumpa hari Isnin nanti yer?? hehe..c ya =)

p/s: i ingat janji u tu~~ ^_*

Thursday, June 2, 2011

Adinda Evans Bikin Kecoh!!


Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, mesti u all kenal kan dengan blogger muda yang bernama Adinda Evans ni? Mana tidaknya dalam masa 24 jam follower remaja yang berusia 14 tahun ini boleh mencecah 1000 orang..wooo..*sangat jeles kot Cik Mimie. Ini semua gara-gara pengakuan berani mati beliau di dalam 1 entry.

Entry apa?? Erm, bagi yang dah terjah mesti u all dah tahu entry itu pasal apa kan? Dan bagi yang belum atau baru-baru nak terjah tu, hentikan lah niat u all tu sebabnya entry tersebut telah pun dihapuskan / di'private'kan.


Cik Mimie rasa lebih baik entry tersebut dihapuskan daripada terus dipaparkan kat blog beliau. Kecian kat mak bapak budak ni, disebabkan 1 entry ni tak pasal-pasal dapat malu. Inilah budak zaman sekarang nak buat sesuatu taknak fikir baik buruknya dulu. Bila kita bagi nasihat cakap kita ni penyibuklah, suka jaga tepi kain orang lah. Padahal kita buat macam tu, sebab kita sayang kat diorang. Haaiisshhh!! *apa pun tak boleh!!
Onion Emoticon Set

--->Untuk adik Adinda Evans, masih ada waktu lagi untuk adik kembali ke pangkal jalan yerk? Toksah fikir pasal teman lelaki, kahwin bagai semua tu. Belum masanya lagi dik oi, masih jauh lagi perjalanan yang adik kena lalui. Balajar lah bagi habis dulu, kecian kat mak ayah sia-sia jer dorang hantar adik pergi sekolah. *u BEAUTIFUL? takde sapa pun nak HATE u la adik!!

Kepada rakan-rakan yang lain marilah kita berdoa agar adik ini menyesal terhadap perbuatan beliau.. =)

p/s: Berfikirlah sebelum bertindak, jangan fikir kita hanya berkata di alam maya takde orang pedulikan kita..Ramai yang peduli sebenarnya..

pssstt!! Nasib baik Cik Mimie sempat baca entry tu..

Edisi Kesihatan: Cara Mengatasi Migrain

Salam 1 Malaysia ^_^

[uncle google]

Ehem!ehem! Hari ini Cik Mimie nak berkongsi sedikit tentang cara-cara yang boleh u all lakukan jika u all diserang Migrain. Macam kita semua tahu, kekadang kita tengok lappy lama-lama pun boleh kena migrain betul tak? So, disini ada beberapa cara yang u all boleh cuba bagi menghilangkan migrain yang menyerang u all tu. Tapi Sebelum itu mari kita ambil tahu terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan Migrain.

Apa itu migrain? Onion Icon

Migrain adalah nyeri kepala berdenyut yang kerapkali disertai mual atau muntah. Penghidap migrain biasanya sensitif terhadap cahaya, suara, bahkan bau-bauan. Sakit kepala ini selalunya berlaku pada satu sisi kepala sahaja, kadang-kadang berpindah ke sisi sebelahnya, dan ada juga berlaku pada kedua-dua sisi kepala sekaligus.

Migrain kadang kala agak sulit berbanding dengan sakit kepala jenis lain. Sakit kepala adalah disebabkan oleh gangguan pada sinus atau akibat ketegangan otot leher, dan ia mempunyai gejala yang hampir sama dengan migrain.

Cara untuk mengatasinya..MSN Onion Emoticons

Beredar ke tempat yang suasananya agak gelap dan selesa. Perkara yang biasa dan amat mudah dilakukan ialah cuba jauhkan diri kamu dengan suasana dan persekitaran yang terang dan bercahaya. Ini kerana, serangan migrain sering dikaitkan dengan berlebihan rangsangan yang masuk ke dalam sistem tubuh. Justeru, sebaiknya elakkan diri kita daripada mendapat rangsangan luar seperti cahaya, haba, suara dan sebagainya.

Letakkan tuala yang basah dan sejuk di dahi, kepala dan juga sekitar leher. Di samping itu, rehatkan mental kamu. Migrain sememangnya dikaitkan dengan mental dan minda yang berat. Jadi, elakkan minda kamu daripada dihimpit dengan pelbagai faktor dari luar.

Langkah seterusnya, fokus kepada hidup kamu yang ceria. Lupakan sebaik mungkin apa juga masalah yang membebani hari-hari kamu.

Langkah terakhir, dapatkah tidur yang secukupnya dan berkualiti. Seperti yang kita semua tahu, untuk mendapatkan tidur yang sempurna, memang susah. Justeru, cuba dapatkan rehat dan seboleh-bolehnya tidurlah. Apabila kamu tidur, minda akan benar-benar rehat dan bebas daripada rangsangan dan gangguan dari luar yang mana ia boleh meningkatkan migrain kamu.

Ok, ini sahaja 4 cara mudah yang boleh u all lakukan sekiranya diserang migrain. Tak salahkan kita berkongsi apa yang kita tahu. Bak kata omputih "Sharing Is Caring"MSN Onion Icons

p/s: Alhamdulillah, setakat ini Cik Mimie bebas dari migrain2 ni..=)

Onion Emoticons

Wednesday, June 1, 2011

1st GiveAway From Mizayusof.com

Salam 1 Malaysia ^_^

First of all, Cik Mimie nak say thankz to Sis Yantiey sebab sudi tag Cik Mimie =)
GA kali ini dianjurkan oleh Cik Mizayusof.com

[Klik-klik disini untuk T & C]

Tarikh Tutup
30 JUN 2011

3 orang yang ditag

p/s: Gudluck semua ^_^