-->

Pages

Saturday, February 12, 2011

Berkempen Demi ISLAM: Kami TAK Sambut Hari Valentine!!

Salam 1 Malaysia ^_^


Hari ini Cik Mimie nak ajak u all semua join Kempen: Kami TAK Sambut Hari Valentine!!. Kempen ini telah dianjurkan oleh saudari Sunah dan Cik Mimie juga pasti u all semua sudah sedia maklum kenapa Valentine Day's ini dianggap HARAM bukan? Tetapi, bagi siapa2 yang tak tahu kenapa ia dianggap HARAM..U all boleh baca arktikel dibawah ini yang Cik Mimie copy paste dari blog saudari Sunah..*Izinkan Cik Mimie ye ^_^

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day. [Sumber dari SINI]

Firman ALLAH yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku." (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud. "Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami, maka ia akan ditolak." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sumber dari SINI.

So, disini Cik Mimie berharap sangat bagi siapa2 yang dah PLAN untuk menyambut sambutan Valentine Day's pada 14 februari 2011 yang akan datang ni. Lupakan je lah niat u all semua!! Kan lebih elok kita buat preparation untuk menyambut sambutan Maulidur Rasul pada 15 Februari hari esoknya tu. Lagi besar pahala yang kita boleh dapat tau..

Pinjam kata2 Prof. Dr Izzi Hj Ali: "RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL" ^_^

4 comments:

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda