-->

Pages

Friday, February 25, 2011

"Jom join bloglist Pak Cek Biola "

Salam 1 Malaysia ^_^

Ohooii..rasa lama sudah Cik Mimie tidak ditag.
Then hari ini di hari jumaat yang indah lagi nyaman En. Zacky telah mengetag Cik Mimie.
Dia ajak join Bloglist Pak Cek Biola @ Bro Wan.



::Syarat-syarat Penyertaan::
  1. Copy Header blog Pak Cek Biola kat atas ni.
  2. Pastekan header tersebut ke entry anda dan linkkan header itu ke entry ini.
  3. Buat satu entry ringkas yang bertajuk "Jom join BLoglist Pak Cek Biola".
  4. Dalam entry itu, sila pilih anda ingin kategori yang mana? Blogku Hot, Blogku Chill, atau Blogku Style.
  5. Sila tag 3 kawan anda untuk join bloglist ini dan pastikan mereka tahu anda tag mereka.
  6. Sila follow blog ini terlebih dahulu untuk memudahkan kerja wan nanti..(tiada paksaan untuk follow k)
  7. Yang penting bila dah siap entry korang, jangan lupa tinggalkan link entry korang ke ruangan komen entry ini.
  8. Tarikh tutup join bloglist ini : 31 Mac 2011, 11.59 malam.
::Kategori Pilihan::
Blogku Chill.

::3 orang yang ditag::

p/s: Jom kita join bloglist bro wan ni ramai2.. ^_^

Tuesday, February 22, 2011

KeSibUkan MeLandA!!

Salam 1 Malaysia ^_^



Holla u all..Apa Khabar?? Sihat tak??
First of all, Cik Mimie nak mohon maaf byk2 kt u all semua sebab akhir2 ni Cik Mimie dah jarang berkunjung rumah2 u all.. *U all tak marah kan?? (sambil kedip2 mata).
Actually, sekarang ni Cik Mimie sesangat2 la sibuk dengan kerja2 kolej.
Test and Quiz pun dah mula menapak dalam hari2 Cik Mimie.
Campur pulak assignment2 yang always buat Cik Mimie pening..
Aiyoo..*Fokus Mimie fokus!!

Bagi sesiapa yang berkunjung rumah Cik Mimie ni terima kasih banyak2 yer..^_^
u all memang terbest..
Insyaallah, kalau Cik Mimie ada masa terluang, Cik Mimie akan balas balik jejak u all 2 ok!
And terima kasih kerana masih menyokong Rumah Cik Mimie yang tak seberapa ni..

LUV u ALL dAmn MUch!!! MuuAhhh3x..

p/s: Tenet ni pun 1 time2 ni lah die nak lembab >_<"

Friday, February 18, 2011

Taktik Terbaru Untuk Mencuri Kereta.



"AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA"

Ha!! Pasti ada dikalangan u all yang dah tahu pasal perkara ni kan? Bagi sesiapa yang dah tahu tu, takpe u all leh baca lagi. Dan bagi yang belum tahu meh baca artikel kat bawah ni. Artikel ni Cik Mimie copy dari Facebook untuk share dengan u all semua sebagai langkah berjaga-jaga bagi sesiapa yang memandu kereta tu.

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

Sumber: BOMBA SELANGOR

Sila SHARE tanpa segan silu...


Thursday, February 17, 2011

16/02/2011 Part 2: Teluk Cempedak.

Salam 1 Malaysia ^_^

Yyyeeaayyhh!! Hari ini Cik Mimie cuti..Seronoknya dapat bermalas-malas di bilik..huhu..Now, Cik Mimie nak sambung pasal cerita semalam..Kan Cik Mimie ada bagitahu kat last post semalam yang Cik Mimie akan sambung cerita mengenai aktiviti yang Cik Mimie lakukan dengan rakan-rakan seusai Majlis Sambutan Maulidur Rasul..betol tak?? ha? tak tahu? ni mesti kes tak baca sampai habis ni..kuikuikui...*takpe2, Cik Mimie tak marah pun, Cik Mimie sedey je..hehe

Alkisah, seusai Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Bergeraklah 7 sahabat ini ke kereta untuk menuju ke Teluk Cempedak*pantai yang indah lagi nyaman. Mereka terdiri daripada 5 gadis dan 2 jejaka masing2 bernama, Amoy (ungunya chenta), Ain (pink phanter), Izni (merah2 hati), Sha (biru macam laut), Mimie (apa kau rasa?? oren??), Kamarul (langit yang kelabu) dan Hafiz (hitam putih kehidupan).*boleh refer warna baju kami.ngeh3x..






Sesampainya mereka di pantai, dengan perasaan gelojoh dan teruja mereka telah melepakkan diri di atas rumput untuk menikmati nasi minyak free. *Sedap hingga licin bungkusan dibuatnya.


[Bergambar bersama-sama bungkusan masing2]




[Jemput makan semua ^_^]

Sebelum pulang mereka-mereka ini masih lagi meneruskan dengan pekerjaan sambilan mereka iaitu model tidak berbayar dengan posing yang ntah apa2..hahaha..






[siapalah yg jadi potografer ni, lom ready da petik dolu..sabar je la ~_~"]

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang, time to go back!!*bukan HOME but college.. sebab pukul 4.00 petang mereka-mereka ini ada klas bersama Puan RCD untuk subjek RM *bukan Ringgit Malaysia tetapi Reseach Methodology. Dengan ini, dipersembahkan untuk tatapan u all posing terakhir sebelum balik..=D
-
-
-
-
-
-
-


[Picca dia ni kena lebey skit, tuan rumah la katakan..teehee..=)]

-CERITA TAMAT-

p/s: Buat entry dalam keadaan yang tak berapa waras. Maaflah kalau ayat di dalam entry ini bersimpang-siur sikit. =_="

Wednesday, February 16, 2011

16/02/2011 Part 1: Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u all!! how are you? *spekong la plak Cik Mimie ni..hehehe..Pertama kali, Cik Mimie nak minta maaf banyak2 sebab dah lama tak post entry baru..lappy (laptop) Cik Mimie sakit lorh..So, ada sedikit kekangan di situ..hope u all tak marah Cik Mimie ye? Mana lah tahu u all merajuk tak nak singgah lagi teratak Cik Mimie yang tak seberapa ni.. *sedey lak Cik Mimie nanti..=(

Ok2, tak mahu sedey2..berbalik kepada tajuk entry kali ini...Ya!! Sambutan Maulidur Rasul yang telah berlangsung siang tadi..Kalau u all nak tahu majlis ini telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Cik Mimie sendiri..

::TENTATIF PROGRAM::
  • 8.30 pagi: Perarakan para pelajar sambil berselawat ke atas junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
  • 9.00 pagi: Semua pelajar berkumpul di dewan dan majlis dimulai dengan bacaan doa dan marhaban dari Rumah Kebajikan Yayasan Al-Wardah.
  • 10.00 pagi: Ceramah bertajuk 'Insan Cemerlang, Ummah Terbilang' disampaikan oleh
    Ustaz. Mahmud.
  • 11.00 pagi: Persembahan Sajak dari Ketua Program School of Art & Design (SOAD) iaitu En. Itfhammuddin.
  • 11.30 Pagi: Tayangan Video yang bertajuk 'Cinta Rasulullah'.
  • 12.00 tengah hari: Majlis bersurai.
Di atas adalah tentatif program bagi majlis tersebut...Siyes!! Majlis ini sangat2 meriah, dengan kehadiran penceramah yang kelakar dan banyak berkongsi tips2 dengan kami semua berkenaan "bagaimana ingin menjadi insan yang cemerlang?". Kumpulan Marhaban dari Yayasan Al-Wardah juga tak kurang hebatnya dengan alunan2 merdu suara mereka memuji Kekasih Allah S.W.T iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

So, apa lagi jom kita usha2 picca Cik Mimie dan rakan2 Cik Mimie di majlis ini. ^_*



[Diberi tugas untuk menghias bunga manggar..*hias je, tak bawa pun =D]







[Bersedia untuk berarak..best sangat time ni =)]



[Majlis bersurai..posing terakhir..wee]

hehe..sorilah kalau u all tengok asyik muka orang yang sama je..haha..actually, Cik Mimie x sempat nak ambil gambar orang lain semasa majlis berlangsung di dalam dewan tu.. *duduk jauh sangat dari pentas..~_~"..ini pun dah kira ok kan?? teehee ^_^

p/s: nantikan part 2 untuk tahu apa aktiviti Cik Mimie dan rakan2 selepas majlis tamat.

Sunday, February 13, 2011

Artis dan Iklan era 90-an

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat petang semua!! aik? kenapa selamat petang? *sebab entry ini ditulis pada waktu petang..kuikuikui..tak kan nak tulis selamat malam pulak? tak logik kan?..hahaha..
ok2, taknak merapu-meraban banyak2. Kat sini Cik Mimie juz nak share video dari uncle youtube, yang sempat Cik Mimie terjah semasa bertandang ke rumahnya.*nak mengeratkan silaturahim lah katakan..hahaha..

video2 di bawah ini semuanya mengenai iklan2 yang pernah ditayangkan ditelevisyen pada era 90-an.*zaman2 Cik Mimie baru nak kenal dunia..ngeh3x..Dan model2 di dalam iklan ini ialah artis2 Malaysia yang sekarang ni dah pun FoFular dan dikenali ramai.

::IKLAN TROJAN-KHATIJAH TAN::
*Iklan yang paling melekat dalam kotak ingatan Cik Mimie

::IKLAN BRYLCREEM-AZHAR SULAIMAN::
*Hensem giless Azhar Sulaiman time ni!! Pengsan jap..

::IKLAN FAB BUKU-KARTINA AZIZ::
*Lagu ni Cik Mimie suka nyanyi dolu2..

::IKLAN NESCAFE-HAIRIE OTHMAN::
*Hairie Othman pun hensem!! ^_*

::IKLAN PLANTA-ANNE NGASRI::
*Comey je kan anne masa kecik2..=)

::IKLAN SUSU-ISMA ALIF & WAFA::
*susu apa tadi? Susu cap bendera..hehehe..

Bila tengok balik iklan2 ni, tetiba Cik Mimie ingat zaman kecik2 dolu2..rindunyaaaaa...T_T

p/s: Doraemon, Cik Mimie nak pinjam pintu ke masa lampau boleh..?? ^_*

7 Sunnah Rasulullah SAW yang Patut Kita Amalkan.

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u all..Apa khabar hari ini? ada sihat tak? hehehe..
Cik Mimie harap semuanya sihat2 belaka la yer..
Onion Icons

Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal kita sambut pada 15 Februari 2011 yang hanya tinggal beberapa hari je lagi ini. Cik Mimie nak berkongsi sedikit dengan u all semua mengenai 7 sunnah Rasulullah SAW yang patut kita jaga dan amalkan di dalam kehidupan seharian kita. Semoga apa yang Cik Mimie kongsikan ini dapat sama-sama kita manfaatkan.

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qu'ran terlebih dahulu sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qu'ran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah (rumah Allah).

Keempat: Jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."

Ketujuh: Amalkan istighfaar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Sumber dari SINI.



Saturday, February 12, 2011

Berkempen Demi ISLAM: Kami TAK Sambut Hari Valentine!!

Salam 1 Malaysia ^_^


Hari ini Cik Mimie nak ajak u all semua join Kempen: Kami TAK Sambut Hari Valentine!!. Kempen ini telah dianjurkan oleh saudari Sunah dan Cik Mimie juga pasti u all semua sudah sedia maklum kenapa Valentine Day's ini dianggap HARAM bukan? Tetapi, bagi siapa2 yang tak tahu kenapa ia dianggap HARAM..U all boleh baca arktikel dibawah ini yang Cik Mimie copy paste dari blog saudari Sunah..*Izinkan Cik Mimie ye ^_^

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day. [Sumber dari SINI]

Firman ALLAH yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku." (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud. "Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami, maka ia akan ditolak." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sumber dari SINI.

So, disini Cik Mimie berharap sangat bagi siapa2 yang dah PLAN untuk menyambut sambutan Valentine Day's pada 14 februari 2011 yang akan datang ni. Lupakan je lah niat u all semua!! Kan lebih elok kita buat preparation untuk menyambut sambutan Maulidur Rasul pada 15 Februari hari esoknya tu. Lagi besar pahala yang kita boleh dapat tau..

Pinjam kata2 Prof. Dr Izzi Hj Ali: "RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL" ^_^

Friday, February 11, 2011

Ujibakat Akademik Fantasia 9 (Online)

Salam 1 Malaysia ^_^


Fuuyyooohh!!! sekarang dah boleh ujibakat Akademik Fantasia melalui online jer? giler hebat!! *nampak sangat Cik Mimie ketinggalan zaman. Actually Cik Mimie dapat tahu pun after Ieka roommates Cik Mimie bagitahu yang 2 orang kawan seperjuangan kami kt kolej ni masuk ujibakat secara online.*Terbaik la korang..CHAIYOK2!!! Ha, bagi siapa2 yang rasa ada bakat menyanyi tu boleh record video u all then hantar kat sini..

Kalau u all nak tahu mereka berdua ini merupakan teman seperjuangan Cik Mimie kat kolej ni. Kiranya kami ni satu batch (semester 6) la. Kedua-duanya mengambil jurusan yang sama iaitu Diploma Art and Design (aD).*Cik Mimie ambil jurusan Diploma Business Study, tak sama la dengan mereka..hahaha..Ok2, jom kita usha ramai2 video mereka.


Ha, yang ini namanya Ahmad Fauzi berasal dari Terengganu. Dikalangan budak2 kolej kenal dia sebagai pojie@jie@salem ikip. Kalau u all nak tahu dia ni artis di kolej kami. Setiap kali ada events, pasti muka dia ada kt atas pentas dok nyanyi lagu Salem..hehe..*kipas susah mati Salem ni!! Pertandingan jangan cakap la, sure2 dia daftar dulu..hehehe..

"Jie, aku doakan selamat maju jaya ke mu, nyanyi molek2 sket..doh glamor jangan lupa ke aku plop!! aku sekeh paler mu ketg"

Ini pula nama dia Dina Irnasari atau lebih dikenali dengan nama Kak D dikalangan kami2 semua, berasal dari Kuching Sarawak. Actually Cik Mimie tak tahu pun yang dia ni boleh menyanyi sebab kat kolej Cik Mimie tak pernah pun nampak dia wat apa2 persembahan..hahaha..*Owh, dalam senyap2 ye Kak D.

"Kak D, mimie doakan semoga berjaya ye. Kalau berjaya masuk AF jangan lupa post kat wall FB!! Leh tolong undi nanti..hehehe.."

Semoga anda berdua berjaya dalam ujibakat ini. Kalau tak berjaya cuba lagi tahun depan yer!! Never say give up!! Usaha tangga kejayaan!!

p/s: giler best tengok dorang ni..jeles2!! bakat tak berapa nak ada..hahaha..

Wednesday, February 9, 2011

Contest Belog NAD

Salam 1 Malaysia ^_^

Morning u all!! Apa khabar hari ini? Cik Mimie doakan semoga u all semua sihat dan ceria2 selalu lah hendaknya ye. Pagi ini Cik Mimie nak join 1 contest, contest ni telah diajak oleh tuan rumah sendiri tau iaitu Cik Nadieya*Terima kasih sebab sudi invite Cik Mimie ^_^.
Bagi sesiapa yang nak join contest ini, anda dialu-alukan..

::BANNER CONTEST::
Untuk maklmat lanjut boleh klik2 disini!!

::GAMBAR YANG DIPERTARUHKAN::
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kalau dah masuk contest, pasti2nya ada hadiah kan?? nak tahu tak hadiah dia apa?
ttteeett!! Hadiah dia rahsia..huhu..tapi Cik Nadieya ada bagi klu sikit

"Boleh dipakai setiap hari, CANTIK, dan HADIAH tersebut berdasarkan WARNA FAVOURITE kita sendiri"

Wah!! cam best je kan..Warna Favourite Cik Mimie ialah Biru, Merah, Hitam Atau Oren. Dapat salah 1 pun xpe..hehehe..^_^

::3 ORANG MANGSA::

::TARIKH TUTUP::
31 Mac 2011

Saya Nak First GiveAway From De'din

Salam 1 Malaysia ^_^

Ding dong!!*konon2 bunyi mesej dari shout box.

Penghantar: TelagaPutihWorks
Mesej: Padan muka kena tag......(link).....*hahaha, siot je ayt die.

Ok, dengan ini Cik Mimie pun buat lah GA yg telah ditag ini...hehe..thankz ye atok!! ^_^
penganjur bagi GA ini adalah lah saudara De'din. Untuk mengetahui syarat2 bagi menyertai GA ini. Sila klik disini!!

Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah:-

1st: Sehelai T-shirt anak negeri pilihan anda.

Ini contoh T-shirt negeri Kedah! Semua negeri ada..U all X perlu riso k..

2nd: Top up RM10.

3rd: Top up RM5 .

3 orang yang menjadi mangsa Cik Mimie ialah:-

Due date bagi GA ini ialah pada 28 Februari 2011.

p/s: Jom join ramai2..kita meriahkan lagi GA ni..^_^

Tuesday, February 8, 2011

Kosong???

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u all!! tengah buat apa tu? ha...skudeng blog Cik Mimie ye? huhuhu..
Actually, entry yang Cik Mimie nak tulis ni hanyalah entry kosong yang tiada apa2 makna pun.
Sama macam hati, jiwa dan otak Cik Mimie pada malam ini jugak.. KOSONG???
Cik Mimie pun tak tahu kenapa tetiba Cik Mimie rasa macam sunyi dan kosong je hari ini..Haishh!! pelik kan??

Maybe sebab Cik Mimie penat sangat agaknya, almaklumlah kelas giler full dari pagi sampailah ke petang ditambah pulak dengan assignment yang boleh dikatakan killer jugak lah untuk kepala otak ni nak fikir...huhuhu...KOSONG2!!! *apa nak jadi ni mimie oi!!!

Erm, rasanya sampai disini sahaja lah Cik Mimie nak merapu meraban..Otak Cik Mimie pun kosong, so susah sikit lah bagi Cik Mimie nak tulis panjang2 ni...hahahaha..*alasan!!
Apa yang Cik Mimie harap esok bukanlah hari yang KOSONG lagi untuk Cik Mimie..teehee =D


p/s 1: Sila abaikan apa2 yang u all tak paham dalam entry ini..ini hanya entry KOSONG!!

p/s 2: Banyak kn Cik Mimie sebut perkataan KOSONG???..hahaha..

Sunday, February 6, 2011

Gegar 1,000 Blog Oleh Ben Ashaari

Salam 1 Malaysia ^_^

Cik Mimie melibatkan diri dalam segmen Bro ben yang sememangnya menarik dan best giler2..

Jom Kita Gegar Ramai2!!


"SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??"



Kesengalan Kami..

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, Cik Mimie da selamat sampai di Kuantan pada pukul 5 petang tadi. Siyes!! Hari ini Cik Mimie rasa penat sangat. Mana tidaknya, Pagi2 lagi Cik Mimie da bertolak ke Pekan, Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu Cik Mimie. Pukul 7.30 pagi Cik Mimie bertolak dan sampai di rumah pengantin pada pukul 9++ pagi* lupa nak tengok jam pukul berapa masa sampai tu..hehe.

So, sampai2 Cik Mimie dan family tolong la apa2 yang patut. Actually, Cik Mimie nak story pasal kerja yang agak sengal Cik Mimie dengan akak2 Cik Mimie semasa di rumah pengantin (rumah Makcik Cik Mimie). U all nak tahu tak apa kerja sengal kami??? mesti nak kan?? Cik Mimie tahu..hehehe..

Ok2..Cik Mimie tak nak buat u all ternanti2..tak baik kan buat orang ternanti2, terseksa wooo...haha..kerja yang Cik Mimie mksudkan ialah...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TAaaaaRRRaaa





Inilah kerja sengal kami yang Cik Mimie maksudkan tu..haha..giler sengal kan, sempat lagi pergi laut belakang rumah makcik Cik Mimie tu semata2 nak perasan glamour..hahaha..
apa2 pun memang best lah..seronok + penat..

p/s: kembali kepada rutin seorang pelajar..*malasnya >_<"

Saturday, February 5, 2011

Sudah Jumpa!!

Salam 1 Malaysia ^_^

hehehe..hari ini Cik Mimie gembira sangat.. sebab Cik Mimie da jumpa baju untuk annual dinner Society yang akan diadakan pada 27 February 2011 nanti. Tema untuk kali ini ialah Masquerade..


Masquerade?? mesti ada yang tak tahu kan? Cik Mimie pun mula2 tak tahu gak..haha..*giler ketinggalan zaman Cik Mimie ni..usha punya usha barulah Cik Mimie tahu, masquerade ni tema yang kita kena pakai topeng2 tu.. ala, bese lam citer2 lau u all perasaan dorg wat party then orang yg datang tu ada yang pakai gaun, tuxedo and macam2 custom siap ada topeng skali..
Tak tahu jugak?? u all boleh tgok video kt bawah ni.


Ha...da tahu kan tema masquerade tu macam mana..hehe..best kan?
Tadi Cik Mimie jenjalan dengan akak, Cik Mimie da jumpa da 1 baju tu, then da beli da pun.
macam mana baju die? hehe..mana boleh tunjuk dulu nanti tak surprise la.
Kalau nak tahu kena tunggu Cik Mimie update pasal dinner tu nanti k?
*sila sabar menanti..^_^

p/s:lepas ni nak cari kasut, tudung and mask plak...weee...

Friday, February 4, 2011

5 Tip Lupakan Masalah Lalu

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini Cik Mimie nak share dengan u all semua 5 tip yang boleh u all praktikkan bagi melupakan masalah lalu. Sebagai contoh macam masalah putus cinta, gaduh dengan kengkawan atau mungkin perkara2 yang u all anggap ia sebagai masalah.

1. Sentiasa positif

- Biarpun pangalaman masa lalu amat menyakitkan dan memedihkan namun sentiasalah berfikiran positif. U all kenalah menganggap ianya adalah salah satu kelemahan diri u all yang tidak berdaya untuk dielakkan. Jangan sesekali menganggap masalah masa lalu u all tu satu halangan dalam hidup u all.

2. Cari teman baru

- Bukan bermakna u all perlu melupakan dan meninggalkan teman-teman lama. U all still boleh berkawan tetapi dalam masa yang sama cari teman baru untuk mengisi setiap kekosongan dalam hidup u all dan menambah kenalan juga secara tidak langsung memberi inspirasi untuk u all mulakan hidup baru. Maybe boleh memberi u all pengalaman yang baru juga. Best kan??

3. Cipta suasana baru

- Kalau perlu pindah ataupun berhijrah ke tempat yang baru, apa salahnya u all lakukan. Ia bukan sahaja dapat membina hidup yang baru malah apa saja yang pernah berlaku sebelum ini akan lebih mudah untuk u all lupakan. Takde lah u all terbyg2 masalah u all tu lau berada di tmpat lain.

4. Melihat kesusahan orang lain

- Dalam dunia ini bukan kita sahaja yang bermasalah ataupun di timpa pelbagai dugaan. Sebenarnya, ada orang yang lebih susah serta kurang bernasib baik dari kita. Jadi untuk pastikan u all tidak terlalu memikirkan nasib malang u all yang terjadi masa lalu, pandanglah pada nasib orang lain. Kalau u all merasakan diri u all susah dan malang maka ada orang lain yang lebih susah dan malang lagi. "Nobody perfect in this world".

5. Kuatkan semangat

- Ini paling penting dan perlu ada dalam diri setiap orang kerana tanpa semangat yang kuat u all akan rasa putus asa dan tidak punya kesungguhan untuk merubah hidup serta melupakan apa yang telah berlaku.

hapiness
p/s: Cik Mimie: "tidak suka mengganggap satu masalah itu sebagai masalah" ^_^

Thursday, February 3, 2011

Peringatan Untuk Kaum Lelaki

Salam 1 Malaysia ^_^

Kali ini Cik Mimie nak share dengan u all 1 picca yang kawan Cik Mimie share kt facebook beliau.
Bagi kaum lelaki sila ambil perhatian tentang perkara ini.

"Aurat lelaki dari lutut hingga pusat, jika terbuka aurat batal solat seperti gambar dibawah. Bila sujud baju tadi terangkat keatas kerana baju yang dipakai pendek. Aksi dibawah biasa kita lihat. Jangan anda terlibat sama!!"


p/s: sekadar ingat-mengingati..^_^

Mari Main TAG 1

Salam 1 Malaysia ^_^

[klik2 tok maklumat lanjut]

Ahak!! Cik Mimie telah ditag pada hari perayaan C.N.Y ni.
Tag kali ini datangnya dari Kakkoii. Toce2 ^_^

Soalan-soalan yang perlu dijawab oleh Cik Mimie ialah...
jeng...jeng..jeng..

1. Apakah nama blog favourite anda? (sertakan link sekali)
-ehem2..mestilah blog Cik Mimie sendiri, paling byk Cik Mimie view ni.. setiap masa, setiap ketika dan juga setiap hari..hohoho.. http://norshamimi.blogspot.com/.

2. Sudah berapa lama anda berblogging?
-1 years 4 weeks..miss daisypath bagitahu..hehe..dulu2 tak aktif pun, just create account untuk suka2...but now, keseronokan tu dah terasa..Cik Mimie suka berblogging.

3. Adakah anda seorang yang Kakkoii? (Kakkoii=cool)
-Sudah semestinya Cik Mimie seorang yang Kakkoii. Tengok muka pun orang da boleh tahu da.
*sila setuju dengan statement ini ye!!

4. Jika ditunaikan 1 hajat, apakah hajat anda?
-Bawa parents Cik Mimie melancong ke luar negara. Nak bagi mereka rasa naik kapal terbang dan macam mana tinggal di negara orang..bestnye!!

5. 4 mangsa TAG Cik Mimie

Bagi yang ditag sila2 lah amik award dibawah ini sebagai REWARD


p/s: Semoga u all sudi jawab tag ini..Domo Arigato Gozaimasu!!