-->

Pages

Tuesday, December 14, 2010

Makin Menjadi-jadi!!

KOTA TINGGI: Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.

“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.

“Saya sedih, marah dan kecewa sikap individu yang tidak berperikemanusiaan kerana membuang zuriat sendiri,” katanya.

Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Cif Inspektor Mohd Azizi Abd Razak bersama pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi penemuan bayi itu sebaik menerima panggilan telefon daripada Lim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan.

“Kami meminta bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

“Setakat ini, siasatan masih berjalan dan tiada tangkapan dibuat. Keterangan Lim juga sudah diambil dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi 07- 8837222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.


sumber: myMetro

"mana pergila nilai keperikemanusiaan dorg ni kn? sampai sanggup buang2 anak cm tu jer. Haissh, geram giler Cik Mimie dgn sikap dorg ni. Lau da tau xnk tu jgn la buang2!! bg kt org kn senang."

p/s: Hope perkara2 cm ni x berterusan. Sian kot kt bayi tu.

12 comments:

  1. ya Allah .. apa dsa budak ni. huh. kejam betul manusia sekarang ni lebih layak digelar binatang agak nya kan

    ReplyDelete
  2. ya allah...semoga orang2 seperti ini diberikan kesedaran..ya allah ya tuhanku...berikanlah mereka rahmat.amin.

    ReplyDelete
  3. N: betol tu..dorg ingt buang bayi ni cam buang ank kucing ker? x pk langsung balasan kemudian hari agaknya..

    ReplyDelete
  4. Inilah yang dikatakn buat pandai...nk jaga xmahu~..zzzzzzz ..lagi teruk dari haiwan ini orang..=-=

    ReplyDelete
  5. simply nana: ya betol tu..sma2 la kita berdoa..amin..

    ReplyDelete
  6. Mr. TN_SkY: haiwan pun tau jaga n syg anak dorg..haiishh!!

    ReplyDelete
  7. sedihnya.. tak sudah2 kes mcm ni kan.. sian bayi yg tak berdosa tu.

    ReplyDelete
  8. tiap2 bulan ade kes buang baby. masalah ni seolah olah memang tk boleh selesai. at the end of the day, kesedaran diri sendiri juga merupakan faktor bagi menangani isu ni.

    ReplyDelete
  9. Kurang ajar mak bapak dieorang nih!!!!!!! kesian bayi tu :(

    ReplyDelete
  10. Hanis Azla: betol tu hanis cian kt bayi tu..da la xtau pe2 leh lak kena buang cam sampah jer..=(

    ReplyDelete
  11. Along25: inilah jadinye lau iman x kuat n akhlak x bape nk tinggi lam diri..haiisshh!! xtau nk ckp cmne ag da =(

    ReplyDelete
  12. Fyzal: tat right dude!! cam org selalu ckp "nothing can change you, until you change yourself.."

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda