-->

Pages

Thursday, December 17, 2015

Sinopsis Drama Cik Cinderella & Encik Tengku

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, siapa tengok episod pertama drama CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU malam tadi? Sila angkat hidung tinggi-tingi.. He He He.. Ok, kalau U Olls nak tahu drama ini adalah adaptasi dari Novel berjudul Cik Cinderella dan Encik Tengku karya novelis terkenal iaitu Airisz. Drama ni mula ditayangkan malam tadi di slot LESTARY TV3 menggantikan drama KAU AKU KITA yang telah tamat pada minggu lepas. 



Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini, serta dilakonkan oleh barisan-barisan pelakon hebat iaitu Shukri Yahya sebagai Tengku Daniel dan juga heroinnya Zahirah McWilson sebagai Puteri Nuraisha. Episod pertama malam tadi agak menarik minat Cik Mimie, boleh dihadam dan cerita dia agak ringan la. Lagi-lagi hero dia Shukri Yahya... Opps!*melting!! 


SINOPSIS CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

Mengisahkan Puteri Nuraisha yang kehidupannya bersama keluarga yang seakan meminggirkannya, Puteri mempunyai seorang ibu tiri dan kakak tiri, Puteri sering terasa terpinggir akan layanan ayahnya yangg sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha. Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula, semakin hari sikap Ashraf semakin membuatkan Puteri semakin bosan, perkenalan Puteri dengan Daniel yang dikatakan mempunyai raut wajah yang elok membuatkannya semakin jauh hati dengan Ashraf. Sedikit demi sedikit Puteri telah jatuh cinta terhadap Daniel dalam diam, dengan sikap Daniel yang sangat menyenangkan membuatkan Puteri semakin berbunga-bunga terhadap Daniel, tapi dalam masa itu Puteri juga dalam dilema untuk mengahwini Ashraf. Puteri terperangkap antara cintanya terhadap Daniel dan perkahwinan tanpa rasan cinta dengan Ashraf kerana amanat arwah ibunya,.
Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. Pelbagai persiapan telah diatur, dalam masa yang sama tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya iaitu Sha telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Sha dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui oleh sesiapa, sungguh bijak mereka merahsiakannya, segala perilaku Puteri sering dipantau oleh Sha akibat rasa cemburunya. Andai Puteri berjumpa dengan Ashraf, pertelingkahan sering terjadi antara mereka, segala yang dirahsiakan oleh Sha dan Ashraf selama ini terbongkar dengan kejadian yang sangat mengaibkan, segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf terganggu dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? Apakah Puteri akan bersama dengan Ashraf walaupun peristiwa yang memalukan itu telah terjadi demi sebuah amanat seorang ibu? Atau Puteri mengenepikan amanat itu dengan memilih Daniel? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha?
sumber sinopsis 

JUDUL : CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
EPISOD : 13 episod
MASA : Setiap Rabu & Khamis - 9.00 malam
SLOT SALURAN : Lestary TV3
NOVELIS: Airisz
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PELAKON : Zahirah Macwilson, Shukri Yahaya, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Dato’ Eizlan Yusof , Aleeza Shadan, Aida Khaleeda, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz


p/s : Jangan lupa tengok tau!! :)

Tuesday, December 15, 2015

CPUV #3 DECEMBER 2015 : COOL TEA - PRODUCT AWARENESS

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, terima kasih Mr.Nuffnang melekat lagi CPUV untuk bulan ini. Ini yang makin sayang dengan Nuffnang :) Heee... kalau nampak jalan lupa klik-klik ye :) Arigato Gozaimasu! :)


CPUV Campaigns On-Going
-Petrosains Illusions-
-U Mobile - Year End Promotion-
-Cool Tea - Product Awareness-

p/s : Mood kucar kacir, nak marah orang je rasa.. haish >_< Nasib baik Nuffnang buat Cik Mimie tersenyum :)

"Amy Hilmirda Giveaway 2015"

Salam 1 Malaysia ^_^



Syarat-syarat Penyertaan :-
1. Follow blog Amy .
2. Blogger yang menetap dan beralamat di Malaysia.
3. Buat Entry bertajuk " Amy Hilmirda Giveaway 2015"
4. Letak banner "Amy Hilmirda Giveaway 2015" dalam entry.
5. Tinggalkan URL entry kat ruangan komen.
6. Nak lagi senang copy aje entry ni... hehehe.

TARIKH TUTUP : 31 DICEMBER, 2015.


Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah oleh anak-anak Amy Irfan, Faris dan Nasiim.

p/s : Good Luck untuk semua peserta :) Jom join, hadiah menarik menanti pemenang!!

PERTAMA KALI CASH OUT NUFFNANG

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, akhirnya Cik Mimie cash out jugak earning Nuffnang ni. Actually, register Nuffnang dah lama dah dalam tahun 2010 macam tu. Tapi disebabkan time tu x berapa tahu sangat mengenai Nuffnang dan macam mana ia berfungsi. So, earning tu takde lah bertambah-tambah takat tu je dia duduk. HaHaHa.. 

Dulu, kalau nak tahu first time Cik Mimie buat blog sebab tengok orang ada blog. Ha Ha Ha.. bla..bla..bla..bla.. cerita benda merapu-rapu. Sebab tu iklan Nuffnang tak melekat, malu agaknya sebab blog macam budak-budak. Lepas tu tahun 2012-2013 Cik Mimie dah stop blogging sebab tahun tu baru habis belajar dan sibuk dengan kerja. So, masa untuk blog tu memang takde langsung. Sadis kan?

Alhamdulillah, mood yang membuak-buak untuk blogging muncul pada tahun 2014 sampailah ke hari ini. InsyaAllah, Cik Mimie akan cuba untuk muncul di blog walaupun macam chipsmore.. heee :) Mula dari tahun lepas la baru Nuffnang duduk singgah dekat blog Cik Mimie, baru lah earning Nuffnang tu bertambah-tambah. So, semalam cheque Nuffang dah sampai :)


Moh ler kita jana pendapatan mudah dengan NUFFNANG!!! nak daftar? KLIK SINI!!

p/s :Cheque dah selamat masuh Machine Deposit tunggu CLEAR je..kaching!! Kaching!! $_$

Monday, December 14, 2015

"Segmen : Saya Nak Menang Topup by ICY"

Salam 1 Malaysia ^_^


Tamat: 30 december 2015 ; 8.00 PM.
Hadiah akan di beri pada 31 december 2015.

p/s : Syarat mudah je, jom join :)

Saturday, December 12, 2015

SHAWL BERMULA DENGAN HARGA RM35.00 SAHAJA???

Salam 1 Malaysia ^_^

Kepada semua 'shawl lover' mari dekat mari rapat. Cik Mimie nak kongsi laman web yang menjual shawl-shawl yang cantik dengan harga yang mampu milik. Tak Percaya? Ok, jom kita usha sama-sama. Hujung-hujung minggu dan akhir-akhir tahun ni, jom lah kita cuci-cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan di hati :) hehehehe..


 Semua shawl di bawah ini berharga RM35.00 sahaja!!  Murah dan cantik sangat :)


Mempunyai pelbagai pilihan warna, jangan risau  U Olls boleh matching dengan baju-baju U Olls. Pilih je nak warna apa :)




CASSANDRA IN ATOMIC TANGERINE
CASSANDRA IN DESIRE RED
CASSANDRA IN BRUNSWICK GREEN
Nak tengok warna-warna lain untuk shawl CASSANDRA ni? KLIK SINI!!

p/s : Berkenan dengan satu warna ni, ok kena buka buku debit kedit dulu...hahaha

CPUV #2 DECEMBER 2015 : U MOBILE - YEAR END PROMOTION

Salam 1 Malaysia ^_^

Morning U Olls, alhamdulillah CPUV dah kembali aktif di blog Cik Mimie. Terima kasih Mr. Nuffnang sebab masih percaya lagi dengan blog Cik Mimie ni. Walaupun tuan rumah macam biskut chipsmore 'kejap ada, kejap takde' Hehehehe... Sayang Mr. Nuffnang~~~ :D

CPUV Campaigns On-Going
-Petrosains Illusions
-U Mobile - Year End Promotion-

Kalau nampak, jangan lupa klik-klik tau :) Terima kasih!!

p/s : Takde mood nak buat kerja hari ini.. >_<

Friday, December 11, 2015

"GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS"

Salam 1 Malaysia ^_^


HADIAH
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..

p/s : Maaf Instagram takde :)

Entri Tanpa Kata : Jumaat Yang Indah #52

Salam 1 Malaysia ^_^

Di atas IzinNya dan RahmatNya...Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Ada Empat jenis golongan manusia...

- Tidak ada lidah dan hati, telah terkunci pendengaran, penglihatan dan mata hati...golongan seperti ini tidak pernah mahu memikirkan Kebesaran Ilahi, tidak pernah mensyukuri nikmat serta RahmatNya..

- Adanya lidah tetapi masih tidak punya hati... golongan yang mencari imbuhan dan ganjaran, hipokrit, munafik dsbnya..mereka bijak berbicara, mengajak manusia lain menuju kepada Allah, tetapi mereka sendiri lari dpd Allah. Mereka membenci kemaksiatan, dlm masa yg sama mereka bergelumang dgn maksiat.

- Ada hati tetapi tidak punyai lidah..Kebanyakkannya bertaqwa, beriman, mendapat pertunjuk dan hidayah dari-Nya, berusaha menjadi soleh diantara hamba-hambaNya, sentiasa bersyukur dlm semua keadaan, redha, menyeru pada kebajikan dan kebaikan dan sentiasa taat dan sabar..khusuk dan tawadduk..

- Ada hati dan ada lidah..mereka kebanyakkannya pencinta keruhanian, mengembara di alam spiritual samada bersendirian mahupun perkumpulan..Allah jadikan lidah dan hati mereka menjadi gedung ilmu yang amat bernilai, memiliki ilmu-ilmu ketuhanan..Di atas izinNya dan RahmatNya Allah akan menaburkan rezeki ilmu dan membuka rahsia-rahsia Nya yg tidak semua orang memilikinya. Hati dan lidah mereka sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan..terusan rasa kerinduan, dan kecintaan.. SubhanAllah, Alhamdulillah, Laa Ilaha Ilallah, Allahu akhbar

Tidak ada maqam yg lebih dari itu melainkan para keNabian.

Kata Syeikh Abdul Qadir Al –Jailani di dlm sebuah kitabnya Futuuhul Ghaib ( Menyingkap keghaiban ):

“ Telah daku bahagikan manusia itu kpd empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu membuat pilihan serta memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah swt membimbing kita menuju kpd apa yg di kasihiNya dan diredhaiNya dalam dunia dan akhirat kelak

Sekadar berkongsi terima dari Whatsapp Group

p/s : Salam Jumaat Buat Semua

Thursday, December 10, 2015

TERIMA KASIH SISTER SADO

Salam 1 Malaysia ^_^

Amboi...membuak-buak pulak mood nak update entry hari ini. Nampak sangat dah gian sebab lama x menaip...hahahaha..Ok2, Cik Mimie tak nak berceloteh panjang lebar. Ha, nampak tak tajuk entry tu? Kalau dah wish-wish terima kasih bagai tu, ada la tu Cik Mimie dapat something :D

Yeaaayhhh!! Untuk pertama kalinya Cik Mimie terima buah hati tangan dari kakak macho digilai ramai atau nama sweet-sweet dia Sister Sado @ Scdha Sein @ SS. Ha Ha Ha.. Mesti ramai yang dah kenal dengan Hakak kita ni kan? Scandal ketat Sis JM tau! :-P Nak tengok tak apa yang Cik Mimie dapat? Cik Mimie belanja gambar je la ye :D

Kad jemputan kahwin.. Eh, salah Kad Ucapan handmade by SS with love gitu :D


Buah tangan yang Cik Mimie terima, Chopstick maybe dari Xi'an kot. He He He.. Nasib baik dulu Cik Mimie sekolah Cina so, tahu la guna chopstick tu.. heee.. satu lagi keychain from Singapore. Suka sangat gambar singa tu.. Aaaummmm! 


Dan yang paling special, signature Hakak kita. Bukan senang nak dapat tau..he he he.. 

To : SS
"Terima kasih untuk semua hadiah ini, Cik Mimie terharu sangat. Walaupun kita tak pernah bersua muka dan hanya berbalas komain di alam maya ni.  Tapi kita sentiasa rasa dekat dan rapat. Cik Mimie doakan semoga Allah memperluaskan lagi rezeki SS, beri kesihatan yang baik dan permudahkan semua urusan SS.. Amin"


Ha, nak tunggu apa lagi? Terjahlah Sister Sado ni. Confirm hari-hari melekat kat blog dia



P/s : Hadiah diterima kerana menjadi Awesome People di blog beliau.. sekian..

"Pencarian Blog Terkemas 2015!"

Salam 1 Malaysia ^_^

Thank for FATIHA ZAINAL sebab tag Cik Mimie.

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

Mangsa Tag Cik Mimie
-Kak Fida-

Due Date : 18 Disember 2015

p/s : Jom join ramai-ramai :)

CPUV #1 DECEMBER 2015 : PETROSAINS ILLUSION

Salam 1 Malaysia ^_^

Morning U Olls, maaf kerana Cik Mimie sepi tanpa update-update terbaru.. Cewah! Tak tahu la nak cakap sekarang ni masa untuk blog tu memang nipis sikit. Banyak urusan yang Cik Mimie kena selesaikan. Tapi, U Olls takmo sedih sebab U Olls sentiasa diingati dan disayangi.. Heeee :D

So, setelah 2 bulan  CPUV Nuffnang merajuk dengan Cik Mimie. Hari ni Cik Mimie check CPUV. Alhamdulillah, Mr.Nuffnang dah kembali baik hati.. Yeeeeaaayyhhh! CPUV dah kembali, I'm HAPPY!! rasa nak cium-cium je PC bila tengok CPUV ada yang melekat.. ekekeke..


CPUV Campaigns On-Going
-Petrosains Illusions-

p/s : 10.12.2015 - 4 Tahun Setengah!

Wednesday, December 2, 2015

10 Pengomen Tegar NOVEMBER 2015

Salam 1 Malaysia ^_^

Seperti biasa, awal-awal bulan ni Cik Mimie akan reveal 10 Pengomen Tegar (PT) yang paling dan sentiasa awesome di blog Cik Mimie. dup dap dup dap!!

10 PENGOMEN TEGAR (PT) UNTUK BULAN INI IALAH...

DRUM ROLL PLEASE!!! 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOMFvMP5EJ6cOHXP9SpYaik7HZ2rBLmWXXCtBklaBN50dblJLGXxogX4kC5Amevam4Gbjyqqtdv8KldoSnPgTzbO9A4AOAY4QiTs2IcRkQkr5JaPZ897JAj8_fojJz-SpR9iRkX2AHDVgE/s1600/drumkitty2.gif

10 PENGOMEN TEGAR NOVEMBER


"KHAS BUAT U OLLS!!"

Jari Manis - jarimanistravel.blogspot.com





Izzeyda - http://izzeyda.blogspot.com/

Nurzakiah Hanum - http://anumkhairil.blogspot.my/

Kakak Tiri Cinderella - http://kakaktiricinderella95.blogspot.my/

Arz MoHa - http://www.arzmoha.com/

Tahniah buat semua yang tersenarai. Juara Carta bulan ni, dia dah rangkul balik dah takhta dia..hehehe... big applause untuk Sis JM :) Untuk Pengomen-pengomen baru terima kasih sebab sudi datang conteng-conteng kat sini ye :)

p/s : Sila jangan malu dan segan untuk petik bunga ros disini :D

Tuesday, December 1, 2015

Hello December!!!

Salam 1 Malaysia ^_^



Say Goodbye to November... Hello December!!! Alhamdulillah, masih terus bernafas untuk menjalani kehidupan ini. Terima Kasih Ya Allah. Bulan terakhir untuk tahun ini, semoga ia memberi seribu kebaikan dalam kehidupan kita dan hari-hari yang mendatang. 

p/s : Countdown for New Year starting now!! :D