-->

CARI APE TU?

Monday, July 28, 2014

KAD RAYA FAMILY

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat Hari Raya u oll, Alhamdulillah dapat jugak kita sambut raya pada tahun ni kan? Macam mana sambutan hari raya u oll? Mesti meriahkan? :)

Actually, entry  kali ni Cik Mimie juz nak show off kad raya rekaan Cik Mimie untuk family Cik Mimie. Maklumlah sekarang ni semua orang bagi kad raya melalui atas talian je (on-line) dan tags semua orang, Hehehe..senang katanya. So, Diorang dah request Cik Mimie buatkan lah :) Jom usha!

Ini Family Abang Ngah :)

Ini Family Uda :)

Ini Family Andak :)

Ini Family Atih :)

Ini Family Anjang :)

Ini Family Miktam :)

Ini Family Acik :)

Ini Ucu Punye :)
Hehehehe..ok x ? Simple jer..:) Okla, nak sambung beraya..Hehehe :)

Sunday, July 27, 2014

Langkah- Langkah Keselamatan Di Hari Perayaan

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, esok dah nak raya kan? So, mesti ramai yang akan balik kampung dan rumah u oll akan kosong selama lebih kurang seminggu. Dan tak lupa juga yang akan keluar beraya pada hari raya nanti. So, disini Cik Mimie nak kongsi beberapa langkah-langkah keselamatan yang boleh kita gunakan di hari perayaan ini. Seronok-seronok jugak, keselamatan kena jaga macam orang selalu kata "Safety First"..


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN ATAU MENINGGALKAN RUMAH UNTUK BERCUTI.

1.      Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutp dan dikunci dengan ibu kunci (padlock)yang tidak mudah dipecahkan atau diumpil.

2.      Pastikan lampu disekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).


3.      Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

4.      Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.


5.      Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran dihadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda

6.      Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian


7.      Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8.       Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:

·         Nama dan alamat
·         Nombor telefon yang mudah dihubungi
·         Tarikh berlepas dan balik
·         Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa bercuti.

9.       Anda  juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya dipecah masuk.

 "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU DI JALAN RAYA"

GOOGLE IMAGE

SUMBER : DISINI

Saturday, July 26, 2014

Selamat Hari Raya AidilFitri

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, pejam celik..pejam celik..Lusa je kita nak sambut AidilFitri. Seronoknya, tak sabar nak berkumpul rama-ramai dengan adik-beradik, anak buah bagai. Riuh-rendah lah rumah gamaknya.HEHEHE. So, dengan ini Cik Mimie ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA ^_^ minta ampun minta maaf kalau sepanjang kita di alam maya ni ada terkasar bahasa or menyakitkan hati ke.. kosong-kosong ye :)

Bagi sesiapa yang balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Ha, yang baru nak shopping pulak ingat jaga anak-anak u oll baik-baik jangan leka. Kalau boleh tak perlu bawa mereka, sekarang ni macam-macam kes ada mengenai kanak-kanak ni. Cik Mimie yang takde anak pun risau tentang anak-anak buah Cik Mimie. *ingat tu ye :)

Nah, Cik Mimie lekatkan Kad Raya untuk semua :)

 p/S : Yeeeeaaayyyhhh!! Cuti :)


Wednesday, July 23, 2014

CPUV KEEMPAT JULAI : RAKUTEN

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, melekat satu lagi CPUV di akhir-akhir bulan Julai ni. Tadi buka-buka Mr.Nuffnang terpacul satu CPUV. *rasa macam nak melompat je, nasib baik di office :p. Terima Kasih En.Nuffnang :)

CPUV Campaigns On Going

- Waku Doki Campaign -
- Fashion Pitch / Writer Unleashed - 
- Rakuten -

http://thepinkstilettos.com/2014/07/rakuten-online-shopping-mall/

http://www.shazwanihamid.com/2014/07/shop-with-rakuten.html

p/s : Bukan niat menunjuk juz sebagai pembakar semangat untuk terus berblogging :)

Wordless Wednesday #17 : Menghitung Hari!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Tuesday, July 22, 2014

"Segmen Blogwalking by Eiqa Almond"

Salam 1 Malaysia :)

Jom join simple segmen by Cik Eiqa Almond kita ni :) 
http://eiqaalmond.blogspot.com/2014/07/segmen-blogwalking-by-eiqa-almond.html
P/S : Cepat-cepat, memeriahkan segmen rakan-rakan kita :)

Monday, July 21, 2014

RESEPI : POPIA NESTUM

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, tetiba rasa hari ini Cik Mimie nak kongsi resepi buat kuih raya iaitu POPIA NESTUM. *Enak bangat gue cakap sama lo..hehehe. Kalau nak tahu inilah salah satu jenis kuih yang Cik Mimie dah buat satakat ini. So, Jom usha resepi kuih raya Cik Mimie.

 Bahan-bahan yang diperlukan ialah : -
  • 1 paket kulit popia nestum *Cik Mimie beli yang ada 40sheet banyak sikit dapat :)
  • 100 grams Horlicks Original. *Kalau u oll suka rasa horlick boleh tambah lagi ikut suka u oll.
  • 100 grams Nestum Original.
  • 1/2 Cawan Gula Halus/Kastor.
  • 1 biji telur dikacau *untuk lekatkan kulit popia.


 Cara-cara membuatnya :-
  • Leraikan kulit popia satu persatu *jangan semua nanti kulit tu jadi keras.
  • Gulung kulit popia sama ada secara menegak atau pun menyerong *ikut kesenangan u oll la ye :) Cik Mimie prefer menegak sonangggg..
  • Sapukan telur di hujung gulungan sebagai gam. *kalau tak nanti time goreng kulit popia terbuka.
  • Lepas tu gunting kulit popia secara menyerong *contoh dalam gambar

  •  Panaskan minyak, make sure minyak betul-betul panas baru masukkan kulit popia.
  • goreng sehingga warna keemas-emasan/golden *Ha, macam lam gambar tu :)
  • Angkat dan toskan.


  •  Now, buat bahan untuk salut popia tadi.
  • Campurkan kesemua bahan yang telah disukat iaitu nestum, gula halus & horlick.
  • Then, ambil popia yang telah digoreng tadi *make sure popia tadi da kurang berminyak.
  • Gaul..gaul..dan gaul..*rujuk gambar..ekekeke..


  • Taaaddddaaaaa..Dah siap dah!!
  • Boleh simpan dalam tupperware dan makan..yyeeeaaayyhh!!
  • Mudah dan sedap..kriuukk..kriukk..kriukk bunyinya..:p

p/s : Tahun ni GILER semangat nak raya semua kuih buat sendiri..huhuhu :)

Kad Raya Pertama Dari Miss-AzwarSyuhada

Salam 1 Malaysia ^_^

Terima Kasih Miss-AzwarSyuhada *Teruja sangat-sangat Cik Mimie sekarang ini..HEHEHE..Nak tahu tak tadi masa Cik Mimie balik rumah at lunchtime. Abang posmen singgah rumah hantar surat.Tengok-tengok nama Cik Mimie yang tertera *Dalam hati dah tahu dah ini mesti Kad Raya.


Inilah sampul kad raya tu...HEHEHE..Cik Mimie tahu sebab Cik Mimie request kad raya dekat Miss-AzwarSyuhada sorang je. U ooll boleh KLIK SINI. Dia bagitahu siapa yang nak kad raya tu juz send email details dekat dia. *senang kan :)


Taaaarraaaa!!! Inilah dia kad raya by Miss-AzwarSyuhada Comel kan?  Cik Mimie suka sangat-sangat nanti boleh tampal kat dinding rumah *Deko-deko wall untuk kad raya:p


Close up sikit :) Terima kasih sekali lagi Miss-AzwarSyuhada :)

Saturday, July 19, 2014

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com

Salam 1 Malaysia ^_^

Hee, nak mencuba nasib la :) mana tahu ada rezeki dapat kad raya dari kak Mia Liana :) Jom u oll, join reramai~

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday, July 18, 2014

MH17 - Kapal Terbang Malaysia (MAS) Terhempas

Salam 1 Malaysia..

Lewat malam tadi kita semua dikejutkan dengan berita mengenai nahas kapal terbang Malaysia (MAS) yang dikatakan terhempas di sempadan Ukraine - Russia akibat ditembak jatuh dari darat. Ya Allah, Cik Mimie yang dapat tahu dari FB memang terkejut sangat-sangat. Negara kita diuji sekali lagi dengan kejadian ini. MH370 masih lagi hilang, sekarang MH17 pula ditembak jatuh. *sungguh berat dugaan-MU Ya Allah.

Pagi tadi ketika sahur sempat tengok TV3 mengenai nahas ini. 280 penumpang termasuk 15 krew penerbangan  terlibat dalam nahas MH17. Penerbangan dari Amsterdam - Malaysia yang dilaporkan akan tiba di KLIA pada jam 6 pagi ni dikatakan terputus hubungan di lokasi akhir iaitu Ukraine. Nasib semua penumpang dan juga krew masih belum dipastikan lagi. Di bawah ni, beberapa gambar mengenai kejadian nahas MH17. Takziah buat semua ahli keluarga, Al-Fatihah buat saudara seislam kita. T_T. Semoga semua ahli keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.






 P/S : PRAY 4 MH17

Sumber gambar Google, LifeNews & Mstar

Berita lain DISINI

Thursday, July 17, 2014

Shopping Raya Di Nile.Com.My

Salam 1 Malaysia ^_^

Sedar tak sedar hari ini sudah masuk hari ke 19 Ramadhan, ini bermakna sudah 19 hari kita semua berpuasa *Alhamdulillah. So, tinggal 11 hari je lagi kita nak menyambut AidilFitri. Macam mana persiapan u oll? dah prepare semua?.

Cik Mimie tak prepare pape lagi, Kuih pun baru 2 3 jenis buat. HAHAHA. So, semalam bagi mengembalikan semangat nak beraya Cik Mimie cuci-cuci mata dekat Nile.Com.My. Mana tahu ada yang berkenan di hati. Ha, tup2 amik ko! Giler banyak Cik Mimie borong beg. Giler murah!! Sampai Cik Mimie pun rambang mata tengok. *Haish, ni yang malas nk shopping online ni semua nak dibeli..HEHE.

Jom, usha Cik Mimie beli apa dekat Nile.Com.My :) Berbaloi-baloi!!


5 item tak sampai RM100 pun u oll. *Berbaloi kan? ha, lagi-lagi sekarang ni Nile.Com.My ada buat tawaran free delivery bagi setiap pembelian RM48.00 ke atas. *lagi la jimat :) Bukan beg je u oll boleh beli, kasut, baju, seluar, aksesori, senang cerita semua ada :)

http://www.nile.com.my/page.php?cd=76

Cepat-cepat promosi sampai 21 Julai 2014. Tak payah nak beratur panjang di kaunter juz klik je mana u oll suka then buat transfer payment. Tunggu barang sampai di rumah..heee..Semudah 1 2 3 shopping di Nile.Com.My :)

P/S : minggu ni kena struggle buat kuih raya lagi..ekekeke..

Tuesday, July 15, 2014

CPUV : FASHION PITCH II / WRITERS UNLEASHED CAMPAIGN





Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, alhamdulillah rezeki lagi :) Ni yang makin membara semangat nak berblogging..(eceh)..Hari ini melekat satu lagi CPUV. Semalam 1, hari ni dapat 1 lagi. Terima kasih Mr.Nuffnang. Awak memang baik hati, sayang awak ketat2!

On Going CPUV Campaign

-Waku Doki Campaign-
-Fashion Pitch / Writers Unleashed Campaign- 

So, dekat sini Cik Mimie shows off beberapa orang blogger yang join campaign ni. Kalau u oll nampak iklan / campaign ni dekat blog Cik Mimie jangan lupa klik ye :) *Sayang u oll ketat2! :D

http://dontlikethatbro.blogspot.com/2014/07/writers-unleashed.html

http://cikepal06.blogspot.com/2014/07/minat-menulis-memang-sejak-duduk-dalam.html#.U8S13qPde-V

http://www.miasuraya.com/2014/07/want-become-designer.html#.U8S3yqPde-U

So, sesiapa nak menang hadiah besar iaitu wang tunai sebanyak RM12,500.00 untuk 10 pemenang bagi kategori Writers Unleashed dan juga berpeluang mendapat satu pinjaman perniagaan sehingga RM2,000,000 bagi kategori Fashion Pitch 2 dari MyCreative
*Wah, menarikkan hadiah dia:)
Apa lagi, Klik2 lah banner di bawah ini ye!!

http://mycreative.com.my/index.php/writers-unleashed/english-version
KLIK-KLIK BANNER UNTUK T&C
http://mycreative.com.my/index.php/fashion-pitch-2
KLIK-KLIK BANNER UNTUK T&C
p/s: REZEKI RAMADHAN :)

Monday, July 14, 2014

CPUV : Waku Doki Campaign

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, last week 2 CPUV dah credited. Cik Mimie ingatkan dah takde lagi yang melekat, tapi hari ini Check Mr.Nuffnang ada 1 CPUV melekat. Wah, gembiranya *Duit raya..duit raya..hehehe.. 

 CPUV On Going Campaign 

http://www.wakudoki.asia/?utm_source=NN&utm_medium=MYMY&utm_term=728x90&utm_content=Jun&utm_campaign=NOR&lang=ms

- Waku Doki Campaign 
*Kalau nampak kempen ni sila klik2 ye :)

Cik Mimie sayang Mr.Nuffnang and u oll :)

p/s : Shopping Raya Tak Habis Lagi ..teehee..:D

Friday, July 11, 2014

GiveAway WOW HARI RAYA by SITI YANG MENAIP

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini Cik Mimie nak join GiveAway by Cik Siti kita yang kiut miut ni. Jom u oll kita support rakan blogger kita :)

http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/07/giveaway-wow-hari-raya-by-siti-yang.html
Klik-Klik Banner untuk Join :)
P/s : Gud Luck to me and all contestants :)

Thursday, July 10, 2014

PRAY 4 GAZA

Salam 1 Malaysia T_T

Sumber : Google Image
Cik Mimie pasti u olls mesti tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni di bumi GAZA kan? Isnin lalu pihak rejim Zionis a.k.a ISRAEL telah melancarkan perang ke 3 di PALESTIN. Seriously, Cik Mimie sedih sangat-sangat dengan apa yang berlaku sekarang ni. Setiap hari pasti kita akan mendengar berita kematian orang-orang yang tak berdosa. Anak-anak kecil disana tak bebas macam kanak-kanak di negara kita, perempuan-perempuan disana takde masa nak outing atau berhibur macam kita disini. Mereka disana sentiasa diburu ketakutan, kesedihan, dan juga kelaparan. *Kita patut bersyukur kita berada di MALAYSIA :(

Cik Mimie tak pasti kenapalah ISRAEL bertindak sebegitu kejam sekali. Anak-anak yang tak berdosa dijadikan mangsa, mereka dibunuh dengan kejam. Seriously, Cik Mimie tak sanggup tengok gambar or video yang selalu ada di wall FB Cik Mimie. Sangat-sangat kejam ISRAEL memperlakukan rakyat GAZA. T_T

Ya Allah, Engkau lindungilah saudara-saudara kami di GAZA. Engkau kuatkan lah mereka semua menghadapi semua ini. Dan Engkau berilah hukuman atau balasan yang setimpalnya ke atas ISRAEL Ya Allah. Sesungguhnya kami semua disini hanya mampu berdoa untuk mereka di sana. Amin Ya Rabbal Alamin T_T

Cik Mimie harap u oll semua dapat mendoakan saudara-saudara kita disana. Sesungguhnya mereka semua adalah Pejuang-pejuang Islam yang sebenar dan tentu-tentunya Syurga menanti mereka.

LETS PRAY 4 GAZA

Tuesday, July 8, 2014

Semoga Berjaya Incik Kesayangan

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, hari ni genap 10 hari puasa semua umat Islam. Sekejap je kan masa ni berlalu? Tinggal 20 hari je lagi kita semua nak menyambut Bulan Syawal. *excited! Hehehe.. Ok, berbalik kepada tajuk entry actually Cik Mimie nak wish gud luck kepada Incik Kesayangan untuk esok. Ada apa dengan esok? Jengjengjeng!!

Surat Panggilan Temuduga
Esok (09.07.2014), Incik Kesayangan Cik Mimie dipanggil untuk ditemuduga di Pasir Gudang, Johor Bahru bagi Jawatan Penolong Pegawai Vokasional dari Jabatan Perkhidmatan Awam / Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Alhamdulillah, syukur ada juga panggilan yang Incik Kesayangan dapat. Cik Mimie sampai sekarang takde orang nak panggil lagi..HAHAHAHA *Cemburu pulak rasa..kukuikui.. So, Cik Mimie nak wish Gud Luck pada beliau.

"Ma doakan semoga Allah S.W.T permudahkan temuduga Sayang esok agar semuanya berjalan dengan lancar, semoga Sayang tenang menjawab segala soalan yang diajukan. Ma tahu dan yakin yang Sayang boleh lakukan semua ni. I'm trust u and u must trust Urself! InsyaAllah, rezeki Allah kita tak tahu. Mungkin ini kerjaya yang tertulis untuk Sayang. Doa Ma sentiasa untuk Sayang. Amin. So, baby..Good Luck @ Chaiyok2 @ Gambateh!!" 

Wajah Kesayangan Hamba
Soooorrrryyy, tak dapat nak teman sayang esok T_T *Kerja~ Semoga perjalanan Sayang, adik n Uteh selamat pergi dan balik.

p/s : Sayang awak ketat2!!!

Sunday, July 6, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, terujanya Cik Mimie nak join GA yang dianjurkan oleh Nile.Com.My ni. U olls  pasti tahu tentang Nile.Com.My kan? Bisnes Online yang terkenal di Malaysia, cakap je nak beli apa Beg, Pakaian, Aksesori dan lain-lain lagi Nile.Com.My ada semua tu. Harga pun berpatutan, Now, Nile.Com.My tengah buat Promosi Penghantaran Percuma. Apa Lagi jom lah kita Shopping Raya :)

http://www.nile.com.my/page.php?cd=76

 Duit raya daripada Nile.Com.My
2 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 tunai
4 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM100 tunai


Jika Cik Mimie menang RM300 daripada segmen Nile.Com.My ini, hadiah wang tunai tu Cik Mimie nak belikan pakaian hari raya untuk parents dan juga Cik Mimie di Nile.Com.My ni. Sebab apa yang Cik Mimie inginkan semua ada di sini :)


Syarat-syarat Penyertaan
Jom sertai segmen Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My  sekarang!
1. Letak tajuk: Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My
2. Letak banner seperti di atas dan linkkan ke:
3. Ceritakan bagaimana anda manfaatkan hadiah RM300 untuk kegunaan Ramadhan atau Raya nanti.
4. Submit penyertaan dengan menghantar butiran ke email: give_away@nile.com.my 
Letak tajuk: Raya GiveAway (Nama anda)
a. Link entry:
b. Nama anda:
c. Nombor handphone :

SEMAK KEPUTUSAN
Klik link INI pada 23/07/2014

PEMILIHAN PEMENANG
-menggunakan random.org

Due Date GA : 21/07/2014 - 11.59pm

GOOD LUCK u olls!^_^

Thursday, July 3, 2014

SEGMEN: BW sambil Menghayati Bulan Ramadhan

 Salam 1 Malaysia ^_^ 

Cik Mimie join Segmen dari Miss Nadia. Suka dengan konsep Segmen yang dianjurkan beliau, kita bukan sahaja dapat meningkatkan trafik dengan blogwalking blog peserta lain malah kita juga dapat berkongsi dan menambah ilmu pengetahuan mengenai kelebihan yang ada di Bulan Ramadhan ini.
Sama ada dari segi PEMAKANAN, KESIHATAN dan juga PERBUATAN.

http://kapas-putih.blogspot.com/2014/07/segmen-bw-sambil-menghayati-bulan.html
Klik-Klik Banner Untuk Join :)

 Dalam Segmen ni Cik Mimie nak berkongsi mengenai Kaifiyat/Kelebihan Bersahur :) Jom sama-sama kita menghayati bulan yang penuh keberkatan ini. SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.

sumber : Google image

1.      Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat

2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat

3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur

4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas

5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar

6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur

7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.
 
Sumber Artikel : Kelebihan Makan Sahur

P/S Jom kita ramai-ramai memeriahkan segmen ini :)

MELEKAT CPUV LAGI! ALHAMDULILLAH

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, Terima kasih En. Nuffnang sebab baik hati bagi CPUV lagi dekat blog Cik Mimie yang tak seberapa ni. Tak lupa jugak terima kasih pada u oll sebab sudi datang blog ni and klik-klik sana sni..SAYANG Mr. Nuffnang & U Oll ketat-ketat :)


CPUV CAMPAIGN ON GOING

- S & P Food -
- IKEA -

Heeee..Kalau U Oll nampak Iklan ni dekat blog Cik Mimie jangan lupa Klik ye. :)

THANK YOU

P/S : Minggu depan nak SHOPPING RAYA.. Yeeaayhhh!!

Wednesday, July 2, 2014

Creative Blogger Award From Sis Ena

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, pagi-pagi buka je ChatBox nampak mesej from Sis Ena. Dia bagitau Cik Mimie dapat award. *Teruja sungguh Cik Mimie :D


Opps, Cik Mimie kena TAG juga la...hehehe..Ok, Thank Sis Ena. Insyaallah, nanti Cik Mimie join :) So, Inilah dia Award yang Cik Mimie dapat dalam kategori BLOGGER CREATIVE. *Terima kasih semua, lihatlah dunia...Ekekekeke.. Sangat berprestij award dia kan? U oll nak? Minta Sis Ena...heheheh :)

http://tinynasweet.blogspot.com/2014/04/creative-blogger-award.html

TERIMA KASIH SIS ENA!! CIK MIMIE SUKA BANGAT :)

p/s : Excited giler lama dah xdapat award :) dulu-dulu selalu dapat..hehehe :D