-->

Pages

CARI APE TU?

Thursday, May 29, 2014

Hutang Dah Langsai.

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, siyes hari ini Cik Mimie gembira sangat-sangat. Rasa nak menjerit kegirangan *yeeaaayyhhh!! Kenapa?? Sebab Hutang Cik Mimie dengan MARA dah langsai semuanya.

Syukur alhamdulillah, dah tak perlu pening-pening kepala lagi dah nak fikir sal MARA. *hehehe
Lepas ni boleh kumpul duit nak beli kereta sejibik sebijik lak :D

http://apps.mara.gov.my/ebakiv2/_signIneBaki.aspx


Cik Mimie dah dapat status baru iaitu " END OF REPAYMENT" :)
hikhikhik...seronoknye.. 


Okla, u oll hari ini tak dapat nak BW. Sorry ye sebab hari ini Cik Mimie nak pindah Office baru so bz skit. Nanti ada masa Cik Mimie jengah u oll semua ok?

Papai ^_^

P/S : Sesiapa yang buat pinjaman MARA nanti dah habis belajar jangan lupa buat PENGURANGAN PINJAMAN tau. Berbaloi2 :)

Wednesday, May 28, 2014

Segmen Blogwalking By Izzati Amira

Salam 1 Malaysia ^_^

Jom kita join segmen. Kali ini Cik Mimie dijemput sendiri oleh tuan rumah Sis Izzati Amira untuk join segmen beliau ini. *CIk Mimie join ye :)

Simple Segment with Simple Conditions :)

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random : '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !

P/s : Jom ramai2 kita support rakan2 kita v(^_^*)

Tuesday, May 27, 2014

SALAM ISRAK MIKRAJ 2014

Salam 1 Malaysia







SALAM ISRAK MIKRAJ BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

sumber : google

Tuesday, May 13, 2014

Selamat Menyambut Hari Wesak

Salam 1 Malaysia ^_^



Untuk pengetahuan semua, Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi semua penganut agama Buddha. Mereka akan memusatkan fikiran kepada lapan prinsip 'precepts' para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha 'Sutras'. Semua penganut akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Terdapat 3 elemen yang melambangkan Hari Wesak iaitu :-
  1. Kelahiran
  2. Pencerahan Agung, dan
  3. Kewafatan Gautama Buddha
Hari Wesak juga dikenali dengan beberapa nama yang berbeza mengikut beberapa negara seperti :-
  • Visakah Puja / Buddha Purnima - INDIA
  • Vesak - SINGAPURA
  • Visakha Bucha - THAILAND
  • Wesak - SRI LANKA
 Pada hari tersebut, di waktu pagi semua penganut agama Buddha akan mengunjungi Kuil Buddha bagi memberi penghormatan kepada Buddha, ia dilambangkan oleh 4 simbol Buddha seperti:-
  1. Pagoda
  2. Patung Buddha
  3. Pokok Bodhi
  4. Sarikata ( Relik Buddha)
Para penganut juga akan melafazkan semula Tirasana (Tiga Perlindungan) iaitu :-
  • Buddha - Menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Dhamma - Keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Sangha - Mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
 Ia diraikan dalam bulan MEI pada waktu terang bulan (Purnama Sidhi) untuk memperingati 3 peristiwa penting, iaitu :-
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

SHARING IS CARING

P/S : HAPPY WESAK DAY and HAPPY HOLIDAY
*Tak dapat cuti kena keje..hukhukhuk,, :(

Sumber : DISINI

Friday, May 9, 2014

Entry Ilmiah : Sejarah Solat 5 Waktu

Salam Jumaat ^_^

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

p/s : Kopi pasta :) Sharing Is Caring